Lauk kampungseperti Sayur Lemak Ikan Rebus ni memang sangat membuka selera. Tak perlu menu-menu hebat. Lauk ringkas begini sahaja sudah cukup untuk memberi rasa gembira. Makan pula beramai-ramai dengan ahli keluarga, memang terasa nikmatnya. Nak rasa lebih enak? Guna cili solok. Ia akan menaikkan lagi rasa kuah. Namun cili jenis ini agak sukar diperolehi di luar negeri Kelantan. Sebagai ganti, gunakan sahaja cili hijau biasa.
Sebagai lauk tambahan, hidangkan bersama ikan goreng ayam goreng, budu atau sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan. Teringin nak masak menu ni? Jom cuba resipi yang saudari Afy Al Habibi kongsikan ni.
CARA MASAK SAYUR LEMAK IKAN REBUS
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung – potong
1 pokok sawi
Sedikit kubis
1-2 biji cili solok/ cili hijau
BAHAN TUMBUK (wajib tumbuk bagi mendapatkan rasa asli sayur lemak ini):
1. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan air. Masukkan juga bahan tumbuk tadi.
2. Masak guna api paling perlahan. Perasakan kuah dengan gula. Rasa kuah ini perlu manis supaya rasanya lebih menyerlah. Seimbangkan rasanya dengan garam serta perasa.
3. Kemudian masukkan sayur yang lambat empuk terlebih dahulu seperti terung dan kubis. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
4. Pastikan terung masak sehingga lembik.
5. Barulah dimasukkan sawi dan cili solok.
Ads
6. Biarkan sayur masak di dalam kuah selama 2-3 minit sebelum ditutup api supaya sawi tidak terlebih masak.
Hidangan nasi ayam antara menu yang mudah disediakan. Hanya ada nasi, ayam, sup, sos cili dan kicap. Namun rahsia kesedapan dah tentulah pada nasinya.
Kena ada bau harum dan nasinya gebu, barulah dikatakan enak. Nak dapatkan nasi ayam yang sebegini memang ada cara memasaknya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.
Nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul butter (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Selalunya kalau nak makan Yee Mee Sizzling, mesti makan kat gerai atau restoran, sebab guna plate sizzling yang dibuat dari keluli tu. Tapi itu bukan masalah, guna je pan atau kuali biasa. Yang penting cara anda sediakan kuahnya yang pekat dan kaya dengan aroma cendawan shitake kering. Nak tau rahsianya? Follow je resipi yang RASA Share di sini.
YEE MEE SIZZLING BAHAN-BAHAN: 3 gulung yee mee 5 ulas bawang putih | cincang halus 2cm halus | hiris halus 1 keping dada ayam | hiris nipis 6 kuntum cendawan shitake kering | rendam hingga lembut dan hiris 4 tangkai cili kering | potong 3cm 4 sudu makan sos tiram 6 sudu makan kicap 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + 1 cawan air 3 sudu makan minyak untuk menumis 4 cawan air
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan cili kering, kacau seketika masukkan hirisan ayam.
Tumis hingga ayam masak. Masukkan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah air.
Kecilkan api dan kacau hingga kuah pekat dan masukkan minyak bijan,.
tutup api.
Bila nak dihidankan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali yang diletakkan atas dapur api kecil, masukkan 1 gulung yee mee. Biarkan ia lembut sedikit, tambah sayur sawi dan pecahkan telur. Jika perlu tambah lagi kuah.
Tunggu hingga telur separuh masak, tutup api dan yee mee sedia dihidangkan dengan hirisan cili padi atau cili jeruk.’
Ramai peminat pekasam yang tercari-cari macam mana lagi cara nak buat pekasam jadi lebih sedap dan menyelerakan. Bukan setakat digoreng, tapi pekasam sebenarnya boleh dijadikan kerabu. Bagi menambah lagi rasa pekasam, boleh tambahkan ulam petai dalam masakan pekasam. Rasanya? Jangan cakaplah, memang sedap!
PEKASAM DAGING MERECIK PETAI
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
Sepeket pekasam daging
1 biji bawang merah,
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
1 biji tomato
Cili api secukupnya
2 batang serai
Sedikit daun limau nipiss
Sedikit perahan air limau nipis
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Potong kecil Pekasam Daging Merecik dan goreng sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Racik halus bawang merah, bunga kantan, daun ketumbar, tomato, cili padi dan serai. Gaul semua yang telah diracik bersama dengan pekasam.
4. Tuang perahan air limau nipis semasa menggaul.
5. Perasakan dengan sedikit garam.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.