Lauk kampung seperti Sayur Lemak Ikan Rebus ni memang sangat membuka selera. Tak perlu menu-menu hebat. Lauk ringkas begini sahaja sudah cukup untuk memberi rasa gembira. Makan pula beramai-ramai dengan ahli keluarga, memang terasa nikmatnya. Nak rasa lebih enak? Guna cili solok. Ia akan menaikkan lagi rasa kuah. Namun cili jenis ini agak sukar diperolehi di luar negeri Kelantan. Sebagai ganti, gunakan sahaja cili hijau biasa.

Sebagai lauk tambahan, hidangkan bersama ikan goreng ayam goreng, budu atau sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan. Teringin nak masak menu ni? Jom cuba resipi yang saudari Afy Al Habibi kongsikan ni.

 

CARA MASAK SAYUR LEMAK IKAN REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung – potong
  • 1 pokok sawi
  • Sedikit kubis
  • 1-2 biji cili solok/ cili hijau 

BAHAN TUMBUK (wajib tumbuk bagi mendapatkan rasa asli sayur lemak ini):

BAHAN LAIN:

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan air. Masukkan juga bahan tumbuk tadi.

IKLAN

2. Masak guna api paling perlahan. Perasakan kuah dengan gula. Rasa kuah ini perlu manis supaya rasanya lebih menyerlah. Seimbangkan rasanya dengan garam serta perasa.

3. Kemudian masukkan sayur yang lambat empuk terlebih dahulu seperti terung dan kubis. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

4. Pastikan terung masak sehingga lembik.

IKLAN

5. Barulah dimasukkan sawi dan cili solok.

6. Biarkan sayur masak di dalam kuah selama 2-3 minit sebelum ditutup api supaya sawi tidak terlebih masak.

7. Sayur Lemak Ikan Rebus siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap & Lembut Untuk Minum Petang

Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak

Kak Ros Kongsi Resipi Sotong Tumis Pedas Warisan Mertua. Anak-Anak Memang Suka!

Rahsia Masak Maggi Goreng Ala Kedai Mamak Yang Enak & Tidak Masin

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official