Bila sebut pasal kordial sirap banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling ditunggu-tunggu. Teringin nak bancuh sendiri kordial sirap pandan sedap? Resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar kongsikan resipi mudah yang boleh anda cuba. Bila masak, wangi satu rumah tau.Best!
CARA BUAT KORDIAL SIRAP PANDAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg gula
10 helai daun pandan
Sirap merah lion brand/tamim – beli online disini
1/2 penutup botol perisa pisang – beli online disini
1 penutup botol esen ros – beli online disini
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan gula ke dalam periuk, bubuh air biar tinggi sikit dari paras gula.
2.Daun pandan dikoyak-koyakkan dan disimpul. Masukkan ke dalam air gula tadi.
3. Masak sampai air gula mendidih kemudian masukkan sirap merah, perisa pisang dan esen ros.
4. Masak hingga mendidih dan kordial menjadi sedikit pekat.
5. Sejukkan kordial sebelum dituang ke dalam botol untuk disimpan.
6.Untuk menikmatinya, masukkan kordial sirap pandan ke dalam bekas, bancuh dengan air secukupnya dan nikmati sejuk. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official