Tambah Sedikit Soda. Petua Buat Cucur Manis Jadi Sangat Sedap

Share

Cucur Manis adalah sajian kudap-kudapan yang sangat mudah untuk disediakan. Nak buatnya cukup mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja, anda telah boleh hasilkan sajian ini untuk sarapan, minum petang bahkan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak dijadikan bekal ke sekolah atau pejabat pun boleh. Terasa nak cuba buat Cucur Manis? Istimewa resipi yang dikongsi oleh saudari Reha Rahma, ia ditambah sedikit serbuk soda untuk menjadikan Cucur Manis jadi lebih enak dan gebu. Pasti best

ni sebaa anak-anak beliau sangat menyukainya. Yela…budak-budak memang suka kuih manis ni kan? Faring diluar, lembut di dalam. Memang layan betul. Jom lihat resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI CUCUR MANIS SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum beli online disini
5 sudu makan gula beli online disini
1 sudu teh garam beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat beli online disini
2 cawan air panas

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan gaul sebati menggunakan senduk. Elakkan terus emnguli menggunakan tangan kerana adunan masih panas.


2. Bila adunan sudah menjadi suam, boleh cubit adunan dan bulat-bulatkan menjadi doh. Saiznya ikut cita rasa masing-masing. Jika guna tangan, basahkan tangan dengan air supaya adunan tidak melekat.


3. Panaskan minyak masak, goreng adunan Cucur Manis dengan api sederhana hingga kuning keemasan.


4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Reha Rahma

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur