Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Ads
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Makan nasi ambeng tanpa sambal goreng bagaikan tidak lengkap. Istimewanya dalam sambal goreng terdapat pelbagai bahan antaranya daging, paru ataupun lauk lain. Manakala sayur yang sering jadi piihan ialah kacang panjang . Manakala resipi asli sambal jawa perlu ada di dalamnya suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Dikongsikan resipi mudah membuatnya.
Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili besar-hijau & merah
Kentang Tempe Pedal ayam Tauhu
Ikan bilis
Suhun
Garam & gula secukup rasa
Kicap
Cara memasak:
1. Gorengkan semua bahan di atas.
2. Rendamkan suhun.
3. Hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
5.Tumiskan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau. Masukkan bahan yang dah digoreng tadi.
6.Akhir sekali masukkan kicap. Kacau sebati.
Kredit: eiyda aizrish
JIKA NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Ibu-ibu bekerjaya atau yang tak cukup masa nak duduk lama-lama memasak di dapur, bolehlah buat stok pes awal-awal. Mudah nak masak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Pes ini sangat berguna kalau ada tetamu datang secara mengejut. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis.
Kami kongsikan resipi nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang besar *
10 biji bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
5 inci halia*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
5 sekawan rempah
1 sudu halba
CARA MEMASAK:
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2. PES RENDANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup(optional)
6 batang serai
2 genggam cili kering( rebus dulu )
2 kotak santan kecil
Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK:
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji besar besar
2 biji bawang besar (hiris bulat)
5 ulas bawang putih
4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.