Sedapnya makan cekodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cekodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Khadijah Jaafar yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya garing diluar dan lembut di dalam. Ia disebabkan penggunaan tepung beras dalam adunan dan tidak hanya menggunakan tepung gandum. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP DI LUAR, GEBU DI DALAM
BAHAN-BAHAN:
500gm pisang
100gm tepung gandum – beli online disini
100gm tepung beras – beli online disini
1/4 sudu soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu makan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan yang lain.
2. Kacau bahan-bahan tadi hingga semuanya sebati dan tiada tepung bergumpal.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dengan banyak. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan. Kemudian balik-balikkan cekodok supaya masak sekata.
4. Cekodok Pisang Rangup siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak diidang panas-panas dengan minuman kegemaran.
Nota: Jika suka cekodok yang rasa banyak pisang boleh kurangkan. Jika suka lebih tepung boleh tambahkan lagi tepungnya. Ikut pada selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official