Daun sup merupakan antara daun yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk sup. Daripada beli di pasar, anda boleh sahaja tanam sendiri di rumah. Cara tanamnya juga tidak susah, hanya guna biji benih. Dalam masa dua minggu, tanaman sudah tumbuh subur. Nak tahu caranya? Ikut sahaja perkongsian oleh Noor Izzati ini.
CARA SEMAI DAUN SUP DARI BIJI BENIH
1. Beli biji benih di Shopee sahaja.
2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss dan cocopeat sama banyak. Jika cocopeat 1kg, peatmoss pun sama juga. (Boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah ke dalam bekas semaian tetapi jangan ditabur benih dulu ya. Siram dahulu air sehingga tanah betul-betul basah.
4. Kemudian, baru taburkan benih pokok daun sup dan tutup nipis dengan tanah semaian tadi.
5. Letak di tempat yang mempunyai cahaya tetapi jangan terus kena pada matahari ya.
6. Biarkan ia tumbuh dalam masa lebih kurang dua minggu. Jangan lupa siram bila tanah sudah kering.
Ads
Hasil selepas dua minggu:
Ads
7. Bila sudah besar, anak benih daun sup yang merimbun ini saya bahagikan kepada 6.
8. Jangan tanam dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian, letak di tempat yang ada cahaya tetapi tidak kena cahaya matahari secara terus.
Macam mana nak tahu oren sunkist yg kita beli baik di pasar raya atau di kedai buah itu manis. Nampak luar buahnya memang cantic cantik tapi bila potong & makan perrghh masamnya. Cubalah petua yang dikongsikan Wan Rahimah ini. . Caranya : Tengok bahagian bawah oren yg kita nak beli itu. Kalau tidak berlubang seperti di dalam gambar, bermakna oren tersebut memang masam. Kalau manis pun nasib-nasiblah
Untitled design (35).
. Nak cari yg manis, cari oren yang bontotnya berlubang seperti gambar di bawah, insyaallah limau yang anda beli memang manis. Cubalah petua ini.. Untitled design (39).
Bila beli oren timbang-timbangkan dan bezakan dengan oren lain yang mempunyai saiz yang sama., biasanya yang lebih berat adalah lebih berjus dan banyak kandungan airnya. Dan pastikan juga oren itu berkulit nipis, mengkal dan tidak lembik bila ditekan dengan jari.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.
TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.
Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.
Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.
Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.
Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.
Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!