Laman

Tanam Keledek Dalam Beg Plastik Beras Pun Boleh. Lagi Mudah, Hasil Pun Banyak

Share

Kalau suka makan hidangan berasas keledek elok sangat kalau tanam sendiri pokoknya. Walaupun tiada laman tak tak jadi masalah. Meskipun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya perlu ditanam atas tanah, dalam plastik beras pun boleh.

Keledek tetap menjadi dan banyak hasilnya. Bagi yang nak cuba tanam keledek menggunakan plastik beras ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.

Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.

Tanam keledek dalam plastik beras

 

  1. Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.

2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.

3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.

 

4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.

5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.

Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.

 

 

Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam

Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.

Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.

Sumber: Jatye Atie Christie

 

Published by
Rose