Tanam sendiri pucuk manis, atau pokok cekur manis di rumah kalau suka makan sayur ini. Pucuk manis ini buat masak lemak putih memang sedap. Memang menambah nasi apa lagi kalau dihidang dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Cara menanam pucuk manis ini juga mudah dan tak perlu laman luas, tanam dalam pasu pun boleh. Kalau ada dua tiga pokok memang dah cukup untuk makan sayur ini selalu.
Pokok sayur ini biasanya ditanam melalui biji benih dan keratan batang. Akan tetapi ia lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang. Selain itu tanam pucuk manis dengan kaedah ini juga hasilnya lebih bermutu.
Cara tanam pokok sayur pucuk manis
-Kerat batang pucuk manis, pilih batang yang sihat.
-Buang daun-daun yang ada pada keratan dan rendam dalam air beberapa hari.
Ads
-Bila dah nampak sedikit akar bolehlah terus tanam dalam polibeg atau pasu.
-Dalam satu pasu, semai dalam 2-3 keratan batang. Jangan banyak kerana pucuk atau daun yang terhasil nanti kecil.
-Siram setiap hari, biar tanam lembap. Untuk pembajaan boleh guna tinja ayam. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali jika tanam dalam pasu. Letak baja di hujung pasu, elak terkena pangkal kerana baja sifatnya panas. Jika tanam di atas batas lakukan pembajaan sebulan sekali.
-Pokok pucuk manis ini boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup.
Ads
-Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.
-Selepas 40-60 hari, pokok cekur ini akan mula menampakkan pucuk. Paling sesuai untuk dituai selepas 3 bulan ditanam.
Ads
Tip agar pokok mengeluarkan pucuk baru, cantas setiap 6 bulan batang pokok sehingga 1 meter dari pangkal.
Pengguna berhak diberi peluang untuk membuat pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan bermutu. Namun, tidak dinafikan di dalam perniagaan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh penjual. Antara bentuk penyelewengan yang sering dialami oleh pengguna adalah seperti harga yang ditawarkan terlalu tinggi, kualiti barang yang rendah dan sebagainya. Menyedari hal ini, kita sebagai pengguna harus bijak dalam soal membuat pilihan. Seharusnya, kumpulkan seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang ingin dibeli untuk memudahkan anda menilai sebelum proses jual beli dilakukan.
Umpamanya ketika ingin membeli barang-barang dapur seperti ikan, sayur daging dan sebagainya. Pengguna bukan sahaja kena peka dengan harga semasa, namun perlu pakar di dalam menentukan tahap kesegaran bahan-bahan tersebut agar wang yang dibelanjakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Tip menentukan kesegaran bahan makanan Sayur dan buah
Pastikan ianya tidak layu
Warnanya kelihatan segar
Pilih sayur dan buah yang bebas dari ulat dan serangga
Sayuran yang ditanam secara hidroponik adalah lebih bersih dan selamat.
Makanan laut (ikan, udang, ketam dan sotong)
Kulit bersinar dan berwarna terang
Tidak diselaputi lendir yang tebal
Perhatikan matanya, jika segar dan menonjol bermakna ianya masih segar.
Lihat juga bahagian insang, pastikan berwarna merah cerah.
Tidak berbau busuk dan sisik ikan berkilat
Isinya kenyal
Daging
Kelihatan segar dan tidak berselaput.
Kesegaran daging juga boleh dilipat pada warna. Daging lembu warnaya merah terang dan daging kerbau pula berwarna merah tua. Manakala daging kambing mempunyai warna merah yang lebih gelap daripada daging lembu.
Tidak berbau busuk dan biasanya warna akan berubah menjadi kecoklatan jika telah tidak segar.
Tekstur daging kenyal, padat dan tidak kaku.
Ayam
Segar dan tidak berbau busuk.
Kulit ayam berwarna putih kuning kekuningan hingga kuning tua.
Perhatikan bahagian hujung tulang, jika berwarna merah muda itu menandakan ayam masih segar.
Telur
Kulit telur di dalam keadaan baik.
Tidak retak
Tidak terdapat banyak najis di bahagian kulit
Bijirin/kekacang
Tidak dicemari oleh serangga atau kulat
Sumber gambar: 123 royalty free
Ada yang shopping peralatan memasak yang baru? Boleh Klik sini .
Sayangnya, pasta yang korang masak untuk hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
pasta ais.
Renjis Air Atas Pasta:
Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
atas dapur.
Panaskan Guna Api Sederhana:
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
main.
Tambahkan Sedikit Sos:
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Setuju tak kalau dikatakan masakan Melayu kaya dengan bahan ramuan dan rempah ratus, Hal inilah yang menjadikan rasa dan aroma masakan tradisi ini agak unik dan setiap masakan yang dimasak mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri, tidak sama antara satu sama lain. Namun bukan mudah untuk membangkitkan aroma dan rasa istimewa ini, bagi mendapatkan manfaat, berikut empat cara mudah boleh korang praktikan.
Ketuk Atau Titik
Bahan ramuan keras seperti lengkuas, halia dan serai mesti di titik atau diketuk sebelum digunakan, cara ini membuat aroma dan rasanya lebih mudah keluar dan dirasai. Anda boleh menggunakan anak lesung batu atau belakang pisau untuk mengetuknya. Atau boleh juga kisar, sementara untuk daun kunyit boleh saja dicarik-carik dan disimpulkan.
Goreng Sangai
Aroma dan rasa rempah akan lebih terasa jika ia digoreng sangai lebih dahulu. Antara rempah ratus yang boleh disangai, ia termasuklah ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan juga bunga cengkih. Kemudian baru dikisar kasar atau halus. Goreng sangai adalah proses menggoreng tanpa minyak di atas api kecil dan sentiasa dikacau. . Rempah ratus yang digoreng sangai juga boleh tahan lebih lama.
Carik-Carik Dan Simpul
Daun kunyit, pandan dan limau purut adalah daun-daun yang digunakan dalam masakan kerana aromanya. Untuk memastikan aromanya keluar dan sebati dalam masakan, koyak atau carikkan dedaun tersebut sebelum masukkan dalam masakan dan menjadikan araoma dan rasa masakan tersebut lebih sedap. Untuk daun pandan dan daun kunyit boleh dicarik kemudian simpul.
Hiris Atau Ikat
Dedaun seperti daun bawang, ketumbar dan saleri perlu dihiris sebelum dimasukkan dalam masakan. Sedangkan tujuan menghiris itu adalah untuk mengeluarkan baud an rasa. Tetapi jik anda tidak mahu tergigit daun ini semasa makan, an da masih boleh mendapatkan aromanya dengan cara simpulkan sahaja daun ini selepas dicuci bersih.
Jangan lupa dipraktikan info ini supaya masakan anda semakin lebih sedap dan kaya dengan aromanya.