Kacang tanah banyak gunanya dalam masakan. Boleh dibuat kacang rebus, kacang goreng, kuah kacang, rempeyak, kuah pecal dan bermacam-macam lagi. Harganya memanglah tidak mahal tetapi seronok juga rasanya kalau cuba tanam malah membuahkan hasil. Nak tahu cara untuk tanam sendiri kacang tanah di rumah? Saudari Liyana Mohd Poad ada kongsikan caranya.
CARA TANAM KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN: 1/4 paket kacang tanah Polibeg saiz 16 @ pasu Tanah organik @ tanah poros 4 genggam pasir halus
CARA MENANAM:
1.Beli kacang tanah dari kedai runcit berharga RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket kacang tadi.
2. Rendam kacang tanah menggunakan air paip selama 3 hari 3 mlm. Rendam paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air. Tukar air selalu kerana air akan diserap.
Ads
3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gmbar. Boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros dan tambahkan 4 genggam pasir halus. Tidak perlu guna cocopeat atau sekam padi.
5. Jagaan pokok kacang tanah paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Ini rupa pokok kacang yang berusia 1 1/2 bulan.
6. Selepas 2 1/2 ke 3 bulan, sudah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Ini hasil pokok kacang yang berusia 3 bulan lebih.
7. Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai. Yang paling best, tanaman ini mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun yang lain.
8. Hanya tanam, siram dan tinggal sahaja. Kemudian boleh kutip hasilnya seperti dalam gambar di bawah ini. Selamat mencuba!
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Jom pakat borong dan simpan petai. Maklumlah petai memang antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Namun ianya bermusim dan tidak sentiasa ada. Bagi anda yang suka makan petai tapi tak suka petai jeruk, ada cara untuk menyimpan ulam ini supaya tak kecut, kekal rangup dan tahan lama. Petua perkongsian Mak Frida ni antara yang mudah. Cubalah.
TIP SIMPAN PETAI SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air
Ais secukupnya
Plastik atau bekas bertutup
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan petai, kupas ulit dan buang kulit arinya.
2. Rebus air secukupnya dalam periuk hingga mendidih.
3. Bila air mendidih, matikan api dan masukkan petai. Biar selama 3-5 minit hingga berubah warna. Angkat.
4. Masukkan segera petai tadi ke dalam mangkuk air berisi ais. Biar hingga petai sejuk.
5. Toskan air hingga kering. Lap dengan tisu supaya tiada air pada petai tadi.
6. Masukkan isi petai ke dalam plastik atau bekas berpenutup. Simpan dalam peti sejukbeku.
7. Hasilnya, petai kekal rangup, segar dan tahan lama walau disimpan lama.
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat.
Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
Ayam tua – dibersihkan
Betik muda
CARA-CARA:
Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.