Tanam Sendiri Kacang Tanah Dalam Pasu. 3 Bulan Boleh Tuai Hasil

Share

Kacang tanah banyak gunanya dalam masakan. Boleh dibuat kacang rebus, kacang goreng, kuah kacang, rempeyak, kuah pecal dan bermacam-macam lagi. Harganya memanglah tidak mahal tetapi seronok juga rasanya kalau cuba tanam malah membuahkan hasil. Nak tahu cara untuk tanam sendiri kacang tanah di rumah? Saudari Liyana Mohd Poad ada kongsikan caranya.

CARA TANAM KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:
1/4 paket kacang tanah
Polibeg saiz 16 @ pasu
Tanah organik @ tanah poros
4 genggam pasir halus

CARA MENANAM:

1.Beli kacang tanah dari kedai runcit berharga RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket kacang tadi.

2. Rendam kacang tanah menggunakan air paip selama 3 hari 3 mlm. Rendam paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air. Tukar air selalu kerana air akan diserap.

3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gmbar. Boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.

4. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros dan tambahkan 4 genggam pasir halus. Tidak perlu guna cocopeat atau sekam padi.

5. Jagaan pokok kacang tanah paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Ini rupa pokok kacang yang berusia 1 1/2 bulan.

6. Selepas 2 1/2 ke 3 bulan, sudah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Ini hasil pokok kacang yang berusia 3 bulan lebih.

7. Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai. Yang paling best, tanaman ini mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun yang lain.

8. Hanya tanam, siram dan tinggal sahaja. Kemudian boleh kutip hasilnya seperti dalam gambar di bawah ini. Selamat mencuba!

Kredit petua & foto: Liyana Mohd Poad

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur