Tanam Sendiri Tauge Di Dalam Botol, Bersih Dan Berbaloi

Share

Bagi individu yang suka masak, selalunya memang akan gunakan tauge sebagai bahan campuran dalam masakan. Tauge boleh dimasukkan dalam mi goreng, mi sup, kuetiau goreng.

Selain itu, tauge juga digunakan dalam hidangan seperti tauhu sumbat, soto dan ada juga yang menjadikan tauge sebagai ulam secara mentah atau celur.

Berkongsi tip menanam tauge di rumah, wanita bernama Liza Idris ini menunjukkan cara menanam tauge di dalam botol. Menariknya, tauge lebih bersih kerana tidak terdedah berbanding menanam tauge dalam bekas terbuka seperti besen.

Jom kita lihat langkah demi langkah menanam tauge.

LANGKAH DEMI LANGKAH TANAM TAUGE DI DALAM BOTOL

3 genggam kacang hijau dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air.
Rencam kacang hijau selama 8 jam.
3 botol air mineral isian 1 liter dilubangkan.
Isi 1 genggam kacang hijau dalam setiap 1 botol.
Tutupkan botol tadi dengan plastik hitam. Simpan di tempat gelap.
Basahkan anak tauge sehari 2 atau 3 kali. Tutupkan dengan plastik hitam dan simpan kembali.
Hasil pada hari kedua.
Hasil hari ketiga.
Hasil hari keempat. Bolehlah dimakan.

KREDIT: facebook Liza Idris

Published by
Maryam Elyas