Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Princess Zhaza Nasheema ini.
CARA TANAM TAUGE GUNA KOTAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 senduk penuh kacang hijau
1 bekas kotak air bersaiz besar
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
Ads
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
Ads
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Nota:
Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.
Halia merupakan herba tradisi yang banyak digunakan, ia mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan, malah membantu membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Sebab tu lah mak-mak kita dulu memang banyak guna halia ni bila nak masak.
Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan! Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom semak!
KHASIAT HALIA
1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan aliran darah serta mengelak dari kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Malah pengambilan yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula serta menstabilkan tekanan darah.
2. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN
Halia mengandungi gingerol dan shagaol, bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
3. MENGUBATI BATUK BERKAHAK
Jika anda mengalami gangguan pernafasan kerana batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
4. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. MENGURANGKAN SAKIT PERUT & BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.
Halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
6. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan halia setiap hari membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
7. ANTI PENUAAN
Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.
8. MENURUNKAN BERAT BADAN
Halia mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkang selera makan.
NIKMATI KEBAIKAN HALIA DENGAN CARA LEBIH MUDAH & CEPAT!
Rutin harian yang sibuk serta lebih mementingkan selera anak-anak adalah antara faktor yang menyukarkan anda untuk menikmati hidangan berasaskan halia dalam sajian harian. Ini kerana jika ditambah dalam masakan, anak-anak pasti kurang gemar dek kerana rasanya. Begitu juga jika nak dijadikan minuman. Prosesnya agak renyah dan mengambil masa.
Kini segalanya lebih mudah dengan GoodMorning VHalia. Kebaikan yang terkandung dalam halia boleh anda nikmati hanya dengan segelas minuman halia-bijirin yang lazat dan berkhasiat ini.
GoodMorning VHalia dihasilkan dengan 18 jenis bijirin penuh:
APA ITU BIJIRIN PENUH?
Bijirin merupakan makanan ruji pada semua manusia.
Bijirin penuh merangkumi keseluruhan benih tumbuhan dan juga merupakan sumber tenaga pada kehidupan.
GoodMorning VHalia juga mengandungi 9 ramuan unik yang membantu memberikan rasa selesa pada tubuh. Antara ramuan yang terkandung dalam minuman ini ialah:
Halia Buluh – Mempunyai kandungan antioksidan yang 2 kali lebih tinggi dari halia biasa, kerana hidup di kawasan dan tanah yang tinggi yang kurang pencemaran. Ia lebih berkhasiat berbanding halia biasa.
Quinoa Merah – Sumber protein baik, tinggi antioksida dan serat makanan yang membantu pergerakan usus.
Fibersol-2 – Merupakan serat larut air yang membantu pergerakan usus serta melancarkan sistem pencernaan.
Prebiotik Inulin – Sejenis serat larut air yang membantu menjaga usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
ẞ-Glucan – Membantu kawal gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap kolestrol.
Kurma – Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan serta bagus untuk proses penghadaman.
Lutein – Berfungsi dalam menjaga mata serta meningkatkan daya penglihatan.
Aquamin F (Kalsium) – Membantu menguatkan gigi dan tulang.
Lesitin – Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung serta meningkatkan fungsi dan perkembangan sel-sel otak.
KEISTIMEWAAN MINUMAN GOODMORNING VHALIA
Minuman GoodMorning VHalia sangat bagus kerana:
Membantu anda kelihatan lebih muda berseri.
Membantu meredakan sakit-sakit badan.
Mengenyangkan, sesuai untuk yang menjaga berat badan.
Melancarkan proses detoksifikasi dan membantu penghadaman
Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Membantu mengelakkan selsema.
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan baik untuk ibu yang mengandung dan sesiapa yang tidak boleh mengambil gula/manis secara berlebihan.
Mengurangkan rasa loya dan muntah bagi ibu-ibu yang mengalami ‘Morning Sickness’.
Membantu mengurangkan rasa letih & lesu
Berkesan untuk memanaskan badan.
Membantu memberikan ketenangan dimana aroma dari halia membantu melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan.
GoodMorning VHalia sangat sesuai dijadikan minuman harian untuk seisi keluarga.
Hanya perlu bancuh dan nikmatinya secara suam atau sejuk! Memang terbaik!
Anda nak beli batang seleri satu atau dua pelepah je, masalahnya di kebanyakan pasar dan pasaraya menjualnya satu pokok dalam satu bungkusan. Tapi terpaksalah beli juga kerana nak guna, yang lebih tu tak tau bila nak guna lagi.
Sudahnya lebihan batang seleri terbiar begitu sahaja. Ehh jangan buang atau biarkan begitu saja, ada baiknya anda simpan batang seleri. Jika ia disimpan dengan cara yang betul, batang seleri boleh tahan hingga dua minggu. Tak percaya ikut tip ini.
Beli batang seleri yang segar.
Batang seleri yang segar akan tahan lebih lama bila disimpan. Batang seleri yang segar berwarna hijau dan mudah dipatahkan sifatnya rangup. Jika liat dan batang berwarna hijau pudar itu tanda tidak segar lagi.
Balut pangkal batang seleri dengan aluminium foil
Kesegaran pangkal batang seleri sangat mempengaruhi kesegaran pucuk. Oleh itu, potong sedikit pangkalnya kemudian balut dengan aluminium foil dengan kemas. Cara ini mengelak pangkal batang seleri menjadi kering bila kering batang akan cepat layu dan tidak tahan lama.
Simpan dalam peti sejuk
Seperti sayur lain, simpan batang seleri dalam peti sejuk adalah cara paling selamat untuk memastikan ia tahan lebih lama. Masukkan dalam plastik dan buat lubang pada plastik untuk ruang udara supaya tahan lama. Tetapi ingat! Jangan cuci batang seleri jika ingin disimpan ye, kerana ia akan menjadikannya lebih cepat layu.
Letakkan dalam bekas berair
Sama seperti pokok lain, batang seleri akan tahan lebih lama bila diletakkan dalam bekas berisi air dan tutup bahagian dengan plastik. Dengan cara ini batang seleri anda akan kekal segar, rangup dan tahan lebih lama.
Simpan dalam freezer.
Selain menyimpannya dalam peti sejuk, simpan dalam freezer menjadikan ia tahan lebih lama, kerana dalam keadaan beku aroma seleri akan tersimpan dengan baik, warna daunnya juga tidak akan berubah.
Sedapnya menikmati segelas jus lemon atau limau nipis dikala cuaca panas. Masam-masam manis! Terasa sangat segar dan menyejukkan. Biasanya untuk menyediakan minuman, anda akan menghiris lemon untuk mendapatkan jusnya. Ada juga yang menggunakan lemon ‘squeezer’ bagi lebih memudahkan kerja.
Terdapat dua jenis pemerah yang boleh didapati di pasaran. Ada yang versi tekan dan ada juga versi yang perlu dikepit. Bagi yang menggunakan pemerah lemon jenis kepit ni, biasanya anda akan memotong buah kepada dua bahagian, letakkan di dalam pemerah dan kepit sehingga semua jus keluar. Kadang-kala kepit dah sekuat hati hingga menyakitkan tangan. Tetapi jus yang keluar tak banyak mana pun.
Rupa-rupanya, ada cara lebih baik untuk guna‘squeezer’ agar jus yang diperah lebih banyak. Menurut Buzzfeed, selepas memotong lemon ( atau limau ) pada separuh, potong sedikit di bahagian hujungnya. Kemudian, letak potongan limau atau lemon ke dalam ‘squeezer’ dan kepit. Hasilnya, selain jus lebih banyak, ia juga tidak menyakitkan tangan dan kerja-kerja memerah menjadi lebih cepat.
Anda rasa anda seorang je yang tak tahu trik ni salama ini? Jangan bimbang, you are not alone!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!