Tanam Tauge Dalam Botol, Lepas 3 Hingga 4 Hari Boleh Tuai Hasil

Share

Tauge mempunyai banyak khasiat. Walaupun mungkin ada yang tidak menggemarinya namun itu bukan bermakna tauge tidak ada peminatnya.

Sebenarnya tauge kaya dengan protein, malah dua kali ganda berbanding daging lembu atau ayam selain mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Khasiat lain termasuk kaya dengan enzim, serat, antioksidan, asid lemak dan vitamin.

Penghasilan tauge bermula dengan proses percambahan benih. Jenis kacang yang digunakan ialah kacang hijau. Kita boleh sahaja tanam tauge sendiri berbanding beli di kedai bagi menjamin kesegarannya.

Melalui perkongsian Kamariah Hashim via Berkebun Tepi Rumah (BTR)  wanita ini ‘menurunkan’ tip ‘menanam’ sendiri tauge.

JOM TANAM TAUGE DENGAN CARA MUDAH.

Menanam tauge memang cukup mudah. Hasil tuaian pun elok dan bersih. Hanya beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh menikmati tauge yang segar dan rangup.

1. Rendam kacang hijau 4 jam.

2. Tapis kacang hijau dengan menggunakan penapis.

3. Masukkan kacang hijau dalam botol.

4. Spray kacang hijau dengan air rata-rata.

5. Letak botol berisi kacang hijau dalam kotak.

6. Sembur 2 kali sehari (melalui lubang yang telah ditebuk)

7. Hasil tauge sudah boleh dituai selepas 3 hingga 4 hari.

Apabila kita tanam sendiri tauge, kita akan dapat makan tauge yang lebih segar. Dari segi kebersihan pun lebih terjaga selain tidak timbul perasaan was-was tentang bagaimana tauge ini ditanam.

Sumber kredit: Kamariah Hashim via Berkebun Tepi Rumah (BTR)

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Has