Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya. Jika basuh guna sabun biasa, agak sukar nak tanggal. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya.
Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
2. CUKA
Ads
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
3. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
Ads
4. LEMON
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
5. KULIT UBI KENTANG
kredit foto: realsimple.com
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
Ads
6. ASAM JAWA
kredit foto: spiceography.com
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elak sotong kecut semasa dimasak. Mudah je. Puan-puan boleh cuba.
PETUA ELAK SOTONG KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong segar
1 cawan air
2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian toskan air sotong tadi.
4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
20gm bawang putih | dikisar
15gm halia | dikisar
3 biji cili padi | dikisar
10gm garam
5gm serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.
Aneka daun-daun herba seperti daun kunyit, daun kesum, daun limau purut,seraidan bunga kantanmemang banyak guna dalam masakan. Ada ketikanya, bahan-bahan ni susah nak dapat stok dari pasar. Malah harganya juga mahal dari biasa terutamanya bagi daun kunyit dan bunga kantan. Jangan risau kerana anda dah boleh simpan guna petua di bawah ni. Hasilnya herba-herba ini kekal segar lebih lama.
Petua yang anda boleh amalkan adalah:
1. DAUN KUNYIT, KESUM & LIMAU PURUT
Bersihkan daun kemudian keringkan menggunakan tisu hingga kering.
Simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk beku.
2. SERAI
Basuh serai bagi menghilangkan pasir dan kotoran.
Lap hingga kering dan bungkus menggunakan kertas.
Simpan di ruangan sejuk beku dan keluarkan bila ingin menggunakannya.
3. BUNGA KANTAN
Lap bunga kantan menggunakan tisu bagi hilangkan kotoran.
Bungkus menggunakan kertas dengan kemas.
Masukkan dalam plastik dan simpan di ruang sejuk beku.
Bila hendak digunakan, keluarkan, basuh bersih dan masukkan ke dalam masakan.
Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!
Sebagai ibu, setiap hari bila memasak, kita tentunya nak beri hidangan yang terbaik buat insan-insan tersayang. Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Sebagai muslim, seeloknya sebelum mula memasak, kita haruslah dalam keadaan suci dan berwuduk.
foto: www.chowhound.com
ADAB BASUH BERAS CARA ISLAM
Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan.
Basuh beras dengan menghala arah lawan jam. (arah tawaf)
Sambil membasuh bacalah “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” maksudnya “Tidak ada penyembuhan selain dari Allah”
Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau di yakin bersih.
Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!