Tangan Anda Alergi Pada Sabun? Guna 6 Bahan Ini Untuk Bersihkan Kesan Hangus Pada Kuali & Periuk.

Share

Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya. Jika basuh guna sabun biasa, agak sukar nak tanggal. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya.

Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.

 

CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK

1. GARAM

Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.

 

2. CUKA

Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.

 

3. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah  panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.

4. LEMON

Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

 

5. KULIT UBI KENTANG

kredit foto: realsimple.com

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

 

6. ASAM JAWA

kredit foto: spiceography.com

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal. 

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

 

Published by
Nur