Tangan kuning kena kunyit perkara biasa bagi wanita yang selalu memasak di dapur. Nak buat ikan atau ayam goreng kenalah menggaul dengan tangan, tak feel kalau guna sudu.
Tangan kuning ini biasanya walau dibilas dengan air dan guna sabun kesan kuning ini susah hilang. Kalau duduk di rumah saja tak mengapalah, tapi jika selepas memasak nak keluar atau bekerja dengan tangan kuning segan pula. Supaya kesan kunyit cepat tanggal boleh guna cara yang dikongsi oleh Wawadels.
Ini cara paling berkesan untuk hilangkan kesan kunyit dengan cepat. Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa.
Boleh juga cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.
Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.
Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.
Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wawadels