Gamat seketika di dalam bilik persediaan apabila sos kari tertumpah ke dalam hidangan yang telah siap disusun kemas. Semuanya terjadi akibat rasa gemuruh dan tangan yang ‘shaking’. Namun, segalanya berbaloi apabila nama Aliff Oslan diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Hilang segala rasa gemuruh dan tidak sangka namanya terpilih ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang tak berharap untuk ke peringkat seterusnya kerana ada ramai peserta membawa menu yang lebih menarik. Sejujurnya saya terkejut apabila terpilih ke peringkat yang seterusnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” ujar Aliff Oslan.
Pabila ditanya mengapa berminat untuk sertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, Aliff akui beliau gemar menghasilkan menu-menu baru yang inovatif sekaligus dapat menambah ilmu dan belajar sesuatu yang baharu.
“Saya memang suka R&D, mengolah menu serta menggabungkan teknik masakan dan menu dari seluruh negara. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengetengahkan menu gabungan masakan Malaysia dan Perancis iaitu Savoury Murtabak Choux Ala BABA’S.
Saya mulakan dengan memilih menu yang sering kita makan dan murtabak adalah pilihan saya. Pada masa yang sama, saya suka buat dessert. Jadi, saya gabungkan choux pastry dengan murtabak dan terhasillah menu ini. Saya cuba untuk kekalkan elemen asli murtabak walaupun hidangan diolah ala Perancis. Alhamdulillah, barisan juri memberi komen yang positif, tambah Aliff lagi.
Adat dalam setiap pertandingan, pastinya setiap peserta mempunyai harapan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPT. Tipu lah jika tidak berharap untuk berjaya di semi final dan layak ke peringkat akhir.
Saya berharap agar dapat mara ke peringkat akhir kerana mahu buat ibu dan ayah saya bangga. Semuanya bergantung pada rezeki. Semestinya sesiapa yang sertai pertandingan mahu berjaya. Begitu juga dengan saya. Wang kemenangan itu saya akan gunakan untuk menunaikan umrah.
Bukan itu sahaja, wang itu juga saya akan gunakan untuk mewujudkan sebuah ‘pit stop’ untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan pembelajaran sewaktu berada di kolej. Itulah harapan saya.”
SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S
BAHAN-BAHAN (CHOUX PASTRY):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (INTI 1):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (INTI 2):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (SOS KARI):
CARA MEMASAK:
BAHAN-BAHAN (JERUK TIMUN DAN BAWANG):
CARA MEMASAK:
CARA PENYEDIAAN SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S:
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta