Tart Telur Mudah & Sedap Seperti Yang Di Jual Di Bakery Shop

Share

Resipi enak untuk penggemar tart telur seperti yang di jual di kedai. Tart shell rapuh serta kastard telur yang wangi ran lembutd

BAHAN PASTRI (SHELL TART)

  • 170gm mentega
  • 35g gula aising
  • 1/2 sudi teh esen vanilla
  • 1 biji kuning telur/telur gred c
  • 290gm tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Sebatikan butter dan gula aising.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung. Gaul hingga tidak melekat di jari, simpankan doh sekejap di dalam peti sejuk (lebih kurang 30minit)
  4. Keluarkan doh, tekan  ke dalam acuan yang di gris sedikit shortening. Cucuk skit ngan garfu dasarnya dan bakar selama 20 minit suhu 150-160c

INFO: Sementara shell di bakar boleh sediakan kastad telurnya.

BAHAN-BAHAN FILLING TART TELUR:

  • 50gm gula pasir
  • 110gm air panas
  • 1 sudu makam susu pekat manis
  • 45gm susu cair/Susu fullcream
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu besar tepung kastad
  • Sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMASAK:

  1. Kacau gula dengan air panas sampai gula hancur.
  2. Masukkan semua bahan yang lain. Tapis ke dalam bekas dan tuang ke dalam shell yang telah dibakar terlebih dahulu.
  3. Tuang hingga penuh dan bakar selama 20-25minit suhu 180c. Guna api atas bawah. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari shell kerana ketika panas shell agak rapuh sedikit.

INFO: 

  1. Bila sudah nampak macam gelembung naik macam telur cepat-cepat angkat.
  2. Resepi tart telur (saiz 6.5cm/7 cm) boleh dapat dalam 35biji.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Published by
Zera Naim