Dapat nikmati tauhu bergedil ni pun dah mengenyangkan. Apa taknya, penuh isi di dalamnya. Tauhu bergedil ni makan panas-panas pun sedap. Rangup di luar lembut di dalam, nyum nyum rasanya.
Tauhu Bergedil
Bahan-bahan:
Ayam@daging rebus sampai empuk
Kentang rebus sampai empuk-beli online di sini
Bawang putih (dihiris)-beli online di sini
Bawang merah (dihiris)-beli online di sini
Daun ketumbar(racik halus)
Garam secukup rasa
Cili padi potong kalau nak pedas lagi
Tauhu goreng secukupnya
Telur untuk salut pada tauhu masa nak goreng
Minyak untuk menggoreng-beli online di sini
Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Goreng bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan (ketepikan).
2.Carik-carikkan isi ayam /daging.
3.Kentang lenyek sampai jadi doh.Gaul dengan isi ayam/daging.
4.Masukkan bahan-bahan lain iaitu bawang yang digoreng, daun ketumbar, cili potong dan sedikit garam.
5.Potong tauhu, sumbat bahan-bahan tadi.
6.Tauhu goreng yang dah siap kat kedai tu, dalamnya memang kosong tak perlu keluarkan isinya. Boleh terus sumbat bahan-bahan bergedil.
7.Pukul telur sikit dengan garfu. Salut telur pada tauhu tadi, goreng dalam minyak yang panas.
8.Goreng sampai kekuningan.
Sambal Kicap
Bahan-bahan:
Bawang putih (bakar sikit)*
Cili padi merah n hijau*
Belacan*
Kicap manis
Air limau nipis/kasturi
Cara membuat:
1.Tumbuk bahan-bahan bertanda*
2.Campurkan semua bahan di atas, makan dengan tauhu bergedil tadi.
Kredit: Zaimah Zakaria
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official