Makan

Tauhu Berinti Daging & Keju, Snek Yang Mengenyangkan

Share

Jom kita buat Tauhu Berinti Daging dan Keju untuk hidangan moreh nanti. Senang je cara nak buat tauhu ni. Hanya sudukan inti daging ke dalam tauhu dan letakkan kepingan keju di atasnya lalu bakar di dalam air fryer. Dah siap! Untuk meningkatkan rasa hidangan, gunakan Anchor Cheese Slices yang tinggi dengan kalsium dan protein. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pun mesti suka hidangan ini. Tak jemu dimakan.

TAUHU BERINTI DAGING DAN KEJU

Bahan-bahan:

  • 8-10 biji tauhu ringan (tauhu pok) – belah empat dan terbalikkan
  • 4 keping Anchor Cheese Slices – potong empat
  • 200gram daging kisar
  • 50gram Anchor Salted Butter
  • 1 batang daun bawang – hiris halus
  • 1 labu bawang besar – cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh chilli flakes
  • ½ sudu teh lada sulah
  • Garam secukupnya

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Salted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, sos tiram dan chilli flakes. Tumis hingga daging empuk.
  3. Masukkan hirisan daun bawang, lada sulah dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Sejukkan sebentar.
  4. Ambil sesudu makan inti daging lalu masukkan ke dalam tauhu pok. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
  5. Letak beberapa potongan Anchor Cheese Slices di atas inti.
  6. Bakar di dalam air fryer selama 6-7 minit. Hidangkan panas.

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma