Apabila ada anak yang sedang membesar di rumah, memang kita kena sediakan stok makanan yang agak banyak. Sebabnya, mereka suka makan dan cepat lapar. Lagi-lagi kalau anak ramai. Wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad memberikan resipi membuat tauhu berlauk yang sesuai untuk disejukbekukan. Jadi, kita sebagai mak ni, mudah nak sediakan hidangan kalau anak-anak lapar.

TAUHU BERLAUK

Tauhu Berlauk Sejuk Beku, Boleh Buat Stok Banyak Di Rumah

Ads

BAHAN-BAHAN
2 keping tauhu biasa
4 bungkus tauhu telur
1 peket daging cencang ayam atau daging
1 labu bawang besar
1 batang lobak merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
2 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng

Ads

CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas kecuali garam dan telur ayam. Tambah sikit air jika perlu.
2. Masukkan bahan kisar tadi dan gaul dengan garam.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau besar. Kukus sehingga masak. Dah siap kukus, sejukkan sekejap dan kemudian potong.
4. Pecahkan telur ayam dan pukul. Salut kepingan kukusan yang sudah dipotong tadi dengan telur.
5. Goreng sehingga kekuningan.
6. Makan dengan sambal kicap.

Ads

Kredit Resipi: Facebook Deyana Hatazad
https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/permalink/3365543746805476/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI