Jom cuba resipi Tauhu Crispy paling mudah dan sedap! Rangup di luar, lembut gebu di dalam. Sesuai dimakan begitu saja atau dicicah sos istimewa.
Tauhu atau tofu sememangnya bahan masakan serba guna. Apabila digoreng dengan cara yang betul, ia menghasilkan lapisan luar yang rangup garing tetapi dalamnya kekal lembut. Tauhu crispy bukan saja popular sebagai kudapan, malah sesuai dijadikan lauk sampingan bersama nasi panas.
Bahan-Bahan Tauhu Crispy
5 potong Tahu putih – potong 4
Bahan-bahan lain :
80 gram Tepung gandum
20 gram Tepung jagung
1 sdt Baking powder
1/2 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil serbuk perasa
350-400 ml Air
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Tauhu Crispy
1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.
2. Bila adunan sudah agak-agak sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.
3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.
4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang.
5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan nak bagi tepung melekat pada tauhu.
6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)
7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat Sambal Kicap.
Tips Tauhu Crispy Sentiasa Rangup
✅ Guna campuran tepung gandum + tepung jagung untuk tekstur lebih rangup. ✅ Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. ✅ Jangan goreng terlalu lama, cukup hingga warna keemasan.
Ads
Idea Hidangan
Tauhu crispy ini sedap dimakan dengan:
Sos cili Thai 🌶️
Sos kicap manis pedas
Dijadikan lauk sampingan bersama nasi putih dan sayur tumis
Resipi Tauhu Crispy ini memang wajib cuba kerana sangat mudah dan bahan pun ringkas. Rangup di luar, lembut gebu di dalam – memang nikmat!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah jeruk bawang, memang sedap tak terkata. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni boleh dicuba. Tak sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Inti tebal, penuh daging. Tida ubi kentang dan tidak menggunkan serbuk kari. Memang best! Jom cuba!
RESIPI MURTABAK DAGING & JERUK BAWANG SEDAP
KUAH JERUK BAWANG
BAHAN-BAHAN:
2 bawang merah besar India sebesar bola pingpong (pilih warna ungu terang)
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
200ml cuka
1.Untuk buat Kuah Jeruk Bawang, kupas bawang dan hiris nipis-nipis. Guna bawang yang berwarna ungu terang supaya warnanya turun pada kuah.
2.Campur semua bahan dan biarkan.
3. Untuk inti, masukkan minyak masak, marjerin dan minyak sapi ke dalam kuali.
4. Bila sudah cair, masukkan rempah 4 sekawan ( kayu manis, cengkih ,bunga lawang buah pelaga ). Tumis bagi naik bau.
5.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak dan keluarkan 4 sekawan dari kuali.
6. Masukkan rempah kurma, garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak.
7. Bila sudah pecah minyak minyak, masukkan daging cincang, perasa, gula dan garam.
8. Bila daging dah masak, baru masukkan potongan bawang. Masak sampai bawang ½ masak.
9. Inti dah siap. Keluarkan lebihan minyak dan letak dalam mangkuk berasingan.
10. Pecahkan 1 biji telur saiz A. Pukul dan masukkan 3 sudu makan membukit inti daging.
11. Letak lebihan minyak tadi bersama sedikit minyak sapi atas pemangang.
12. Tuang inti. Jika suka boleh guna acuan 4 segi. Hasilnya akan cantik dan tebal 1 inci. Bila inti masak, angkat.
13. Ambil puff pastri, sapu sedikit minyak dan canai hingga nipis sehingga ianya hampir sekali ganda membesar dari yang sedia ada.
14. Letak inti atas kulit pastri tadi. Lipat kemas. Masa katas pemanggang yang disapu minyak sapi dan lebihan minyak inti guna api kecil.
15. Masak guna api kecil sederhana selama 4 minit, terbalikkan. Masak lagi selama 4 minit terbalikkan dan sambung masak lagi selama 4 minit. Siap!
16. Murtabak Daging sedap sedia dihidang bersama Kuah Jeruk Bawang.
Selalunya biskut kering kita cicah dengan kopi O atau teh O. Hidang waktu hujan, memang nikmat. Tapi hidangan biskut kering yang dikongsi oleh Adizul Semerbak agak rare.
Biskut kering ini digoreng bersama telur hingga menjadi hidangan yang menyelerakan. Memang unik, katanya menu biskut telur ini sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menurut AdiZul lagi, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Menu biskut kering unik, goreng jadi biskut telur
Bahan-bahan
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
Cara membuat
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Apa menu minum petang hari ini? Kalau belum ada, apa kata anda cuba buat Cakoi. Cara penyediaanya sangatlah mudah. Cakoi ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang, sarapan pagi pun sesuai. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini. Cakoi tetap lembut walaupun sudah sejuk. Cubalah!
RESIPI CAKOI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum atau tepung roti – beli online 1 sudu kecil serbuk penaik (satukan dalam tepung) 1/2 paket yis segera (dalam setengah sudu makan) – beli online 3/4 cawan air suam 2 sudu besar minyak masak – beli online 2 sudu besar gula Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kemudian tunggu dalam 20 minit sampai yis mengembang.
2. Kemudian campurkan garam dan minyak.
3. Selepas itu bolehlah masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli. Adunan memang agak lembik melekat ditangan. Tapi teruskan menguli doh sehingga tak melekat.
4. Boleh perap sekejap. Selepas itu tumbuk keluar angin dan canai serta bentukkan. Atau jika tidak mahu perap pun boleh. Bentukkan terus. Biarkan mengembang barulah goreng.
5. Boleh cuba cara ini juga. Biarkan doh kembang sedikit kemudian tumbuk supaya angin keluar. Selepas itu canai dan potong bentuk disukai.
6. Biarkan sebentar supaya adunan lebih kembang. Semasa menggoreng, minyak mesti betul-betul panas dan banyak.
7. Doh itu tarikkan sikit memanjang sepanjang lebar kuali anda. Goreng dan balik-balikkan selalu. Siap untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!