Tauhu Goreng Bersama Daging KisarYang Sedap & Mudah Buat.

Share

Anda yang sukakan Tauhu Jepun, selain dikukus ia juga sedap digoreng kemudian tumis dengan daging kisar dan tambah cili untuk memberi sedikit rasa pedas. Untuk anda yang ingin mencuba resipi ini, berikut diserta resipinya. Anda cuba ikut dan gerenti menjadi dan anda akan puas hati dengan keenakan rasanya

TAUHU GORENG DENGAN DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.

INFO : Jika anda mahu sambal daging kisar berkuah boleh tambahkan sedikit air di dalamnya.

Published by
webadmin