Ada peminat tauhu tak kat sini?Nah..resepi tauhu hancur pedas bawang putih atau bahasa jawanya Tauhu Bodo.Tauhu digoreng terlebih dahulu.Ditumbuk bersama bawang putih,cili padi,perasakan garam gula dan last perah asam limau.Siap!! Sukatan campak2 aje lagi sedap bak kata Adamdidam .
Cer try mudah dan sedap weyh!TAUHU HANCUR
Hidangan untuk 3 orang
BAHAN-BAHAN:
2 biji tauhu petak
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji limau nipis/kasturi
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1.Goreng tauhu petak hingga garing dan ketepikan dulu
2.Tumbuk bawang putih dan cili padi
3.Masukkan gula dan garam dan serbuk perasa
4.Masukkan tauhu yang digoreng tadi dan tumbuk bersama bahan tumbuk yang mula tadi
5.Perah asam limau
6.Siap tuk dihidangkan
#rozel‘s homemade cookin’