Tauhu Jepun homemade ini bukan saja gebu, malah sedap dan lembut. Siapa yang minat tauhu ini? Ada juga yang panggil tauhu telur.
Ia sedap digoreng dan dimasukkan bersama sayur lain. Kalau masukkan ke dalam sup pun sedap. Selain itu, kalau goreng macam tu je pun dah sedap. Cicah sos. Pernah cuba?
Resipi ini cukup mudah. Cuma guna 3 bahan sahaja. Nak tahu macam mana caranya? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nooramin Munirah Asgnari ini.
5 biji telur
2 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini
150 ml air soya – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
Mula-mula campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Kacau sebati. Kemudian, kisar secara perlahan.
Kemudian tapis dan masukkan adunan ke dalam acuan. Sediakan pengukus. Kukus selama 25 minit.
Setelah masak, angkat dan sejukkan sebentar.
Keluarkan daripada acuan setelah disejukkan.
Untuk menggoreng, pecahkan telur dalam satu bekas. Boleh potong-potong tauhu dan celup ke dalam telur.
Panaskan minyak dan bolehlah digoreng tauhu telur itu hingga berwarna kekuning-kuningan. Angkat, toskan.
Bolehlah dimakan. Makan macam tu je pun sedap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official