Tauhu Sumbat Air Tangan Suami, Memang Sedap & Senang Nak Buat

Share

Sekali-sekala, bila makan menu air tangan suami ni memang sedap. Apatah lagi dibuat dengan penuh kasih sayang.

Menerusi perkongsian daripada Shah Shatry ini, resipi tauhu sumbat dan kuah kacang ini dibuat khas buat isterinya.  Mesti sedap kan. Jom kita cuba!

 

RESIPI TAUHU SUMBAT KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN TAUHU SUMBAT:

Tauhu basah
Timun
Sengkuang
Lobak merah – beli online di sini
Tauge

TONTON KEK PISANG 2 BENUA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila

TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Tauhu digoreng sehingga masak, kemudian dipotong segi tiga. Tengah-tengah tauhu tu dikelar untuk sumbat sayur-sayur nanti.

2. Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau dipotong memanjang. Taugeh dibuang ekornya, kemudian celur sekejap dengan air panas. Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik.
3. Bahan-bahan sayur bolehlah disumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan dikelarkan di tengah-tengah tu.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN KUAH KACANG:

Kacang tanah | disangai tanpa minyak, kemudian dikisar kasar – beli online di sini
2 biji bawang besar – beli online di sini
3 biji bawang putih – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
3 batang serai – beli online di sini
15 biji cili kering (kalau nak pedas, boleh lebihkan) –beli online di sini
Air asam jawa


Gula merah, gula nisan @ gula kabung
Garam, gula
Air
Minyak untuk menumis

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering dipotong kasar-kasar, kemudian goreng sekejap di dalam minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan.


2. Masukkan bahan-bahan tadi dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
3. Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.


4. Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah @ nisan berserta air asam jawa.
5. Kemudian masukkan kacang tanah yang dikisar kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air. Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana sama ada pekat atau agak-agak cair sikit.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Agak dah okay rasanya, boleh tutup api.
7. Siap kuah kacang. Bolehlah dimakan dengan tauhu yang dah disumbat tadi.

Kredit resipi: Shah Shatry

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff