Tauhu Sumbat Ayam, Menu Istimewa Untuk Tetamu Yang Datang

Share

Resipi Tauhu Sumbat Ayam ni memang mudah nak buat. Yang paling penting rasanya memang sedap bila dimakan bersama sambal kicap pedas yang padu. Macam nak buat Tauhu Begedil tapi caranya lebih kurang sama je nak buat Tauhu Sumbat Ayam ni. Sangat sesuai dihidangkan kalau ada tetamu datang ke rumah kita. Resipi Tauhu Sumbat Ayam ni telah dikongsikan oleh Rara Zabidin di Facebook. Jom kita cuba!

Saya suka kuali melengkung ke dalam, bila nak deep fry pun seronok je rasa contoh guna Shogun Twister 40cm Jumbo Wok ni. Boleh dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI

TAUHU SUMBAT AYAM

BAHAN-BAHAN:

1/2 bungkus ayam kisar

1 biji bawang besar (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah

Daun sup dan daun bawang (agak-agak lah)

Garam dan gula secukup rasa

2 biji telur

Minyak untuk goreng

5 biji tauhu

CARA PENYEDIAAN:

1. Mula goreng dulu tauhu seketul. Pastu goreng tunggu sejuk dan potong 2, kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang belah luar terkoyak, so kena la berlemah lembut sikit ye. Isi tauhu tu dihancur-hancurkan.

2. Untuk inti tauhu. Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.

3. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah lobak merah dan jagung pun boleh. Taburkan serbuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang.

5. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.

6. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.

7. Dah siap. Kalau nak berseri tabur la sikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng atas tu. Nampak la berhias gituuuuhh kannn. Boleh dimakan dengan sambal kicap. Klik DISINI untuk resipi sambal kicap. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Rara Zabidin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid