Makanan sampingan berkhasiat untuk keluarga anda. Tauhu yang disumbat dengan isi ayam ini boleh manrik minat anak-anak untuk makan tauhu.

Tauhu Sumbat Berinti Ayam Homemade

TAUHU SUMBAT BERINTI AYAM

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 15 keping tauhu(potong 2 dan goreng)
  • 1 peket ayam kisar
  • 2 biji kentang (potong dan rebus)
  • 1 biji bawang besar- potong dadu
  • 3 ulas bwng putih- cincang halus
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 1 mangkuk kecik daun bawang
  • Garam dan lada sulah
  • 2 atau 3 biji telur (pukul)

Tauhu Sumbat Berinti Ayam Homemade

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu yang sudah siap goreng keluarkan isinya, hancurkan dan asingkn. (macam dalam gambar)
  2. Lenyek kentang yang siap rebus tadi.
  3. Gaulkan ayam kisar, isi tauhu dan kentang dan kiub pati ayam.
  4. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  5. Masukkan bahan yang telah digaul tadi.
  6. Masukkan sedikit garam dan lada sulah..
  7. Bila ayam sudah masak baru masukkan daun bawang.
  8. Sumbatkan inti tadi ke dalam tauhu.
  9. Celup tauhu ke dalam telur dan goreng.
  10. Potong dua bila sudah masak. Boleh cicah dengan sos.

Tauhu Sumbat Berinti Ayam Homemade

IKLAN

Tauhu Sumbat Berinti Ayam Homemade

Mungkin ada yang berminat nak beli barangan elektrik untuk kegunaan di dapur, boleh layari https://invol.co/cloqny

IKLAN

Kredit: Mazliza Ahmad

Resipi Bubur Kacang Durian Yang Sedap & Cepat Empuk

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI