
Dalam pada orang sibuk dengan Tauhu bergedil, apa kata dalam mood raya sekarang ni korang cuba pulak buat Tauhu Sumbat Daging. Sangat mudah membuatnya dan kalau buat lebih boleh frozenkan, bila teringin tinggal buat goreng je. Tak percaya korang cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Gerenti Korang puas hati makan sekeluarga, makan panas-panas terasa rangup tauhu dan keenakan inti dagingnya.
TAUHU SUMBAT DAGING
BAHAN-BAHAN:
10 biji 10 | potong dua bentuk tiga segi
200gm daging kisar
1 batang lobak merah | potong dadu halus
1 biji bawang Holland
3 sudu serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa
2 sudu minyak masak
2 biji telur
1 sudu kecil sos ikan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng semua tauhu sehingga keperangan.
- Kemudan sejukkan tauhu dan dibelah dua. Ketepikan.
- Korek dan keluarkan isi tauhu, kemudian hancurkannya hingga halus.
- Untuk menyediakan inti: Panaskan minyak dan tumis bawang ,lobak merah sehingga naik bau
- Masukkan daging dan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, tumis sehingga masak.
- Perasakan dengan garam, serbuk kari dan perasa.
- Apabila sudah masak ambil kulit tauhu yang telah dikorek isi tadi kemudian sumbat dengan inti yang telah siap tadi.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, pecahkan telur, kemudian peraakan dengan sos ikan dan dipukul hingga sekata.
- Celup tauhu yang telah disumbat intinya ke dalam telur dan goreng sehingga keperangan.
- Tauhu sedia dihidangkan bersama sos cili Thai atau sambal kicap.
INFO: Tauhu ini sangat enak dan ranggup di makan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!



2.Masukkan bahan kisar tadi dan gaul rata.
4.Tambahkan ajinomoto, sedikit garam & sos tiram. Kacau rata seketika.
5. Seterusnya masukkan udang. Kacau & biarkan sekejap.
6.Masukkan makaroni yang telah direbus bersama sayur campur. Ratakan.
6.Masukkan telur di atas makaroni kemudian gaul rata perlahan-lahan.
7.Akhir sekali, taburkan daun sup. Gaul rata.







