Sesuai untuk kudapan berbuka puasa, gabungan tauhu dicampur dengan bihun campur cukup mengenyangkan. Makan dua ketul pun dah puas hati.Tauhu berinti bihun menggunakan tauhu putih yang biasa digunakan untuk membuat tauhu sumbat. Ia dibelah dan diisi dengan bihun. Bagi peminat tauhu dan juga bihun goreng, jom kita buat menu simple ini.
TAUHU SUMBAT ISI BIHUN
Bahan-bahan:
8 keping tauhu-potong dua
3 bungkus Nuuna Bihun Goreng Segera Pedas – celur seketika
1 batang daun bawang -cincang halus
2 sudu makan udang kering -rendam dan tumbuk halus
3 ulas bawang merah kecil- hiris halus
3 ulas bawang putih – cincang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
Serbuk perasa secukupnya – dalam paket bihun
Bahan salut:
100gm tepung beras
50gm tepung gandum
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
1 sudu teh ketumbar-tumbuk halus
3 biji buah keras-tumbuk halus
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Cara memasak:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official