Pelantun lagu Meluruh, Datin Alyah rupa-rupanya hebat memasak. Boleh kita tengok tadi macam mana lincahnya beliau di dapur bersama Chef Wan dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan. Selain pandai menyanyi, pandai juga memasak.

Lauk Tauhu Taucu ni kelihatanya berbeza dengan lauk taucu yang lain. Rare sungguh, kan? Tapi nampak sedap betul. Dengan kuah santannya, daging yang diperap dengan halia. Uisyhhhhh sedaplah. Tak sabar nak cuba.

Begitu juga dengan hidangan pencuci mulut, bubur kacang hijau. Simple tapi tetap nampak sedap.

 

PENGGAMBARAN MENGHIBURKAN

Walaupun diusik-usik dengan soalan berbisa daripada Chef Wan, Alyah tetap senyum sambil memasak hidangan yang tersedia atas dapur. Tampil cantik dengan baju kurung moden dan tudung satin, Alyah tak kekok langsung di dapur.

IKLAN

Diusik oleh Chef Wan, Alyah tetap tekun memasak.

 

Alyah menghafal skrip yang disediakan.

Menarik rancangan RASA Nostalgia Ramadan bersama Alyah tadi kan? Jom kita tengok resipi yang Alyah masak tadi. Jangan lupa cuba di rumah ya.

TAUHU TAUCU

BAHAN-BAHAN
3 cm halia
1 kg daging (hiris nipis)
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih
1 labu bawang holand
Taucu secukupnya
5 biji tahu (dibelah dua)
Garam secukupnya
3 cawan santan
1 biji tomato
3 tangkai cili besar (hijau atau merah pun boleh)
Air asam jawa secukupnya
2 biji telur ayam

CARA MEMBUAT
1. Tumbuk halia. Kemudian lumur pada daging. Perap dan ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih pula. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
3. Masukkan bawang holand yang dihiris nipis. Tumis lagi.
4. Masukkan taucu. Kacau sekejap.
5. Masukkan daging dan tauhu. Kacau lagi. Masukkan garam. Jangan banyak sangat sebab taucu dah masin.
6. Tunggu sampai air daging keluar.
7. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih.
8. Tomato dibelah 4. Kemudian masukkan dalam periuk.
9. Masukkan cili dan asam jawa.
10. Masukkan telur ayam. Kacau dan biarkan mendidih.

BUBUR KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN
1 mangkuk kacang hijau
2 cawan santan + 1 cawan air
3 1 helai daun pandan (disimpul)
2 inci halia
Gula merah secukupnya
Sedikit garam

CARA MEMBUAT
1. Rebus kacang hijau sampai lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Masukkan santan dalam periuk.
3. Masukkan daun pandan, halia, gula merah dan garam.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kacang hijau. Kacau sebati. biarkan mendidih dan matikan api.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.