Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur. Ikut langkah berikut confirm berjaya.
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1.Pecahkan telur.
2.Masukkan garam.
Ads
3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)
4.Kacau sebati semua bahan.
5.Tapis supaya tiada bubble.
6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
7.Ikat kemas-kemas.
8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.
9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.
10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.
Selain menggunakan telur ayam, hidangan ini juga enak jika menggunakan telur itik. Menu ini memang ringkas dan cepat. Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang kurang masa untuk ke pasar bagi membeli bahan-bahan basah.
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
12 biji cili besar hijau | dikisar halus
300ml air
8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 labu bawang putih | dihiris
4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
Rempah 3 beradik secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun pandan | disimpul
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
Bila makan di restoren perasan tak telur dadar yang dibuat gebu dan tebal. Tapi bila kita msak di rumah jadi leper saja.
Untuk pengetahuan untuk buat telur dadar yang tebal ini ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Cara buat telur dadar gebu dan tebal
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Cara membuat:
Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.
Sambal telur bendi hidangan sayur yang ringkas tetapi cukup buat kita berselera makan. Gabungan telur dan sayur bendi memang puas hati makan dengan nasi panas. Lauk macam ni pun dah cukup tak payah banyak-banyak
SAMBAL TELUR BENDI
BAHAN-BAHAN:
Sayur bendi-potong serong nipis
1 biji telur
5 biji cili padi-ditumbuk kasar
3 biji bawang merah-ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
1 biji bawag merah dihiris
Cili kering-dikisar halus
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan hirisan bawang merah. Tumis hingga pecah minyak.
3. Bila cili kisar sudah garing. Pecahkan sebiji telur.
4. Bila telur sudah separuh masak terus masukkan bendi. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
5. Masukkan sedikit air dan kacau sampai bendi masak.