Teh halia antara minuman tradisional yang selalu dicari bila perut terasa kembung, senak, badan berangin atau mengalami masalah pencernaan.
Keberkesanannya memang diakui sejak daripada dulu lagi. Badan akan terasa ringan dan selesa selepas meminumnya.
Bagi memudahkan penyediaan minuman ini, apa kata buat terus kiub teh halia seperti yang dikongsi oleh Che Nom yang personaliti masakan dan penggiat You Tube terkenal di tanah air.
Ads
Menurut beliau, kiub ini bukan saja memudahkan tapi tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk beku. Untuk lebih khasiat boleh gunakan halia Bentong.
Cara buat kiub teh halia
1. Sediakan bahan membuat teh halia
Ambil halia Bentong basuh bersih-bersih dan buang kulitnya (jika suka). Potong halia kecil-kecil supaya senang dikisar.
2. Kisar dan rebus
Kisar halia dengan sedikit air (lebih senang kalau guna blender). Kemudian masak sekejap atas dapur. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh campur gula melaka atau madu sikit. Masukkan juga sedikit air supaya tak terlalu pekat.
3. Tapis dan sejukkan
Selepas mendidih, tapis jika tidak mahu serat halia. Tapi boleh saja jika tidak ditapis, ikut selera masing-masing! Biarkan sejuk sekejap sebelum masukkan dalam acuan kiub ais.
4. Bekukan
Masukkan dalam acuan ais atau bekas kecil-kecil. Simpan dalam peti sejuk beku sampai beku keras. Kemudian boleh keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup. Senang nak ambil seketul-seketul bila mahu diminum nanti.
Ads
Cara penyediaan
Bila teringin, cuma keluarkan satu atau dua kiub, letak dalam cawan dan tuang air panas. Jadi lah teh halia panas beraroma. Teh ini paling sedap dihirup selepas makan makanan berat.
Kiub ini akan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk beku. Boleh juga jika mahu ditambah lemon atau herba lain yang bersesuaian.
Badam adalah sejenis kekacang yang mempunyai banyak khasiat. Antaranya, badam boleh bantu lebih mengenyangkan. Maknanya kalau kita sedang cuba kawal berat badan, eloklah kalau kita minum susu badam. Lebih elok minum susu badam berbanding minum susu yang dijual di kedai.
Badam juga dikatakan membantu mencegah diabetes. Malah boleh bantu kawal kolesterol. Sangat menyihatkan, kan?
Jom kita cuba lihat resipi susu badam ni.
SUSU BADAM BERMADU
BAHAN-BAHAN
50 gram badam
1 mangkuk air (untuk merendam)
2 mangkuk kecil air mineral
3 sudu besar madu
10 biji badam (dipanggang)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan badam. Kemudian isikan air mineral sehingga tenggelam badam tersebut. Tutup mangkuk dan simpan semalaman. Boleh simpan pada suhu bilik mahupun dalam peti sejuk.
2. Selepas direndam, badam akan sedikit mengembang. Tapiskan. Basuh sedikit badam tadi.
3. Dalam mesin pengisar, masukkan badam yang telah direndam tadi. Masukkan air. Boleh tambahkan madu jika suka.
4. Kisar sehingga halus. Air tadi akan berubah menjadi warna putih susu.
5. Tapis gunakan penapis kain.
6. Perah hampasnya.
Hampas kacang badam jangan dibuang. Boleh guna untuk buat skrub muka atau badan.
7. Masukkan susu badam ke dalam botol atau cawan.
8. Boleh tambahkan badam yang telah dipanggang untuk menambah cita rasa.
Sedapnya jika dapat berbuka puasa dengan Air Bandung Laici Cincau sejuk. Terasa segar setelah seharian berpuasa. Maklumlah bila tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk tentunya jadi pilihan ramai lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, resipi perkongsian Ben Safwan antara yang menarik perhatian dan nampak membuka selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60gm cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.
4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.
5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati masa berbuka.
INFO:
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.