Jintan manis bukan sekadar rempah biasa. Berfungsi menyedapkan masakan, ia juga boleh membantu menurunkan berat badan dan awet muda. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Senapi.
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu besar jintan manis
- 2 gelas air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan jintan dan air ke dalam periuk.
2. Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus padamkan api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.
4. Untuk hasil yang lebih ketara, selepas minum teh jintan manis, bersenam selama 30 minit dan lakukan secara berkala. Hasilnya berat badan akan berkurangan bahkan juga akan menjadi lebih sihat.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Suriani Senapi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur.
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:
https://www.rasa.my/aneka-resipi-menu-sahur-yang-mudah-sedap-untuk-30-hari/
Masam Manis Jus Kedondong Asam Boi, Minuman Penyejuk Tekak Paling Ummpp
Jus Kedondong Asam Boi ini antara minuman yang turut diminati setiap kali bulan Ramadan. Minuman penyejuk tekak yang cukup popular bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga di pasar-pasar malam. Bila dapat minum waktu cuaca panas, lagilah nikmat. Marilah kita cuba buat sendiri Jus Kedondong Asam Boi ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Yuslan Ibrahim ini.
RESEPI JUS KEDONDONG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi –BELI ONLINE
4 biji limau kasturi, perah jusnya –BELI ONLINE
3 liter air kurang lebih
Gula secukup rasa –BELI ONLINE
Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Rendam 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.
2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
4. Kikis isi asam boi yang telah direndam tadi, buang bijinya.
5. Air asam boi digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
6. Tambah baki air tadi, kacau supaya sebati. Rasa manis boleh agak-agak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
8. Kacau dan biarkan sekejap.
9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sumber kredit: Yuslan Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Vadai Yang Sedap & Ralit Bila Makan, Garing Di Luar Tetapi Gebu Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kenali Pokok & Cara Hasilkan Cincau Secara Homemade
Jom cuba buat cincau homemade. Selama ni, min ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar. Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau. Bagi sesiapa yang nak tanam, bolehlah cari di nurseri-nurseri.
DAUN CINCAU HITAM
DAUN CINCAU HIJAU
CARA HASILKAN CINCAU HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 1 liter air mineral
- 9 helai daun cincau hijau – dibuang tulang tengah daun
CARA MEMASAK:
1. Satukan air dan daun cincau. Kisar hingga halus. Boleh juga diramas hingga hancur.
2. Tapis air kisaran daun cincau dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk dibekukan.
3. Simpan dalam peti sejuk dan nikmati ikut citarasa anda.
Kredit resipi & foto: Lavendarungu Nanie
Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!
CARA-CARA BUAT CINCAU HITAM HOMEMADE ( GUNA DAUN CINCAU KERING)
BAHAN-BAHAN:
- Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)
- 1500ml air
- 4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)
CARA MEMASAK:
1. Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5). Jika ada tanam pokok cincau, petik daunnya dan jemur sehingga kering selama 1 minggu sebelum digunakan.
2. Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.
3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Roszila Ahmad