Angin dalam badan memang boleh mengganggu rutin seharian. Perut rasa memulas, rasa sakit di bahagian dada dan selalu sendawa. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan, memberikan resipi menghasilkan minuman yang boleh bantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Bukan setakat itu, boleh juga mengeluarkan peluh tau.
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Air Rempah, Lemon & Madu Untuk Kurangkan Selera Makan, Kempiskan Perut
Risau juga kalau makan asyik berselera saja. Kalau tak dikawal tak mustahil berat badan boleh naik 5-6 kg sebulan. Salah satu cara untuk mengelakkan kenaikan berat badan ini adalah dengan mengekang nafsu makan.
Tapi tak perlu ubat atau stres menahan selera untuk tujuan ini kerana ada cara semula jadi yang mudah untuk kita praktikkan. Dikongsi oleh Eka Zahra melalui pengalamannya, beliau mengamalkan minum air rebusan lemon yang resipinya diambil dari seorang rakan berasal dari Indonesia untuk mengawal selera makan.
Ujarnya tak sampai empat hari minum air ini beratnya sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu mengamalkannya.
Baru minum dah turun 1kg
Hari ini nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktor, dia yang sudah ada 4 org anak dan mempunyai masalah obes dalam keluarga mengamalkan minuman ini. Saya pun cubalah. Bagusnya minuman ini memang boleh kawal selera makan saya sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resipinya ya. Tapi perlu diingat hasilnya bergantung badan masing-masing ya.
Resipi air rempah, lemon & madu
Bahan-bahan
- 1 liter air
- 2 batang serai diketuk
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 inci halia diketuk
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 biji lemon dihiris
- Madu
Cara membuat
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit.
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur.
Nota
- Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
- Resipi ini boleh minum 5 kali (5 gelas)
Sumber: Eka Zahra
Susu Kurma Homemade. Lebih Jimat Dan Sedap
Susu kurma homemade. Lebih jimat dan sedap. Biasanya kita beli susu kurma yang terjual di supermarket kan? Hargana boleh tahan juga. Tapi, bila buat sendiri di rumh, jauh lebih jimat, lebih sihat dan tiada bahan pengawet.
Jom buat sendiri susu kurma segar. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Zainor Shima Ihsan ni.
Homemade Susu Kurma. Jimat Dan Sedap
Bahan- Bahan:
21 biji kurma ( terpulang nak guna jenama apa. Boleh kurangkan kuantiti kurma jika untuk segelas saja.)
1 gelas sederhana air masak
2 gelas sederhana susu segar ( full cream @ low fat- ikut cita rasa masing-masing) – boleh beli online di sini
Pilihan Bahan Tambahan:
Madu – boleh beli online di sini
Oat
Pisang
Serbuk kayu manis – boleh beli online di sini
Aiskrim vanilla
Ketulan ais
Cara Membuat Homemade Susu Kurma:
Belah kurma dan buang biji. Basuh biji kurma, ketepikan.
Rendam isi kurma dengan air panas semalaman. Bila dah sejuk, simpan dlm peti ais. Keluarkan isi kurma dan kopek kulit kurma.
Tuang isi kurma berserta air rendaman tadi dalam pengisar dan tambah sekali susu full cream.
Kisar sehingga halus. Ia memang pekat walau pun belum dicampurkan dengan bahan lain.
Boleh nak tambah bahan-bahan tambahan lain di atas tadi juga. Tapi kalau tak nak tak apa. Tuangkan ke dalam gelas dan terus hidangkan sama ada sejuk atau suam. Sedap!
Ekstra!
Serbuk Biji Kurma Untuk BBQ
Biji kurma dibasuh dan sangai kering dalam kuali. Bila dah naik bau,tutup api. Bau macam kopi. Kisar dgn blender kering.
Kemudian tapis serbuk biji kurma. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh digunakan sebagai bahan tambahan dalam rempah BBQ.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Air Detox Sedap Ala Bazar, Buat Sendiri Lebih Jimat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Cara-Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur. Memang Mudah & Cepat.
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu & terus boleh minum. Nampak simple tapi minuman ni boleh buat perut anda tahan sampai waktu berbuka. Jom tengok macam mana nak buat pati kurma ni.
PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi