Biasanya bila makan nasi ayam di restoren, kita akan lihat ayamnya cantik berkilat, kulitnya tidak tertanggal pun. Rasanya pun sedap, terasa semua rencah sampai ke isi.
Tapi bila buat sendiri, kita tak dapat hasil sebegini. Supaya dapat ayam nasi ayam yang sama ‘level’ macam restoren boleh cuba teknik ini dikongsi oleh Nor Seri Azlina Bustani.
Ada yang tanya macam mana nak buat kulit ayam jadi cantik, berkilat dan kulitnya melekat dan tidak tertanggal.
Untuk kulit yang cantik dan berkilat serta tak tertanggal. Kita guna teknik celup, angkat dan rendam dalam air sejuk (dipping, lifting and soaking techniques).
1. Bersihkan ayam kemudian dalam periuk panaskan air dan perasakan dengan garam, halia, bawang putih, kiub ayam, daun bawang dan daun sup.
2. Bila dah panas mengelegak celup ayam menggunakan penyepit ke dalam air tadi dalam satu minit. Kalau ayam banyak masukkan semua tapi pastikan air banyak.
3. Selepas seminit angkat pakai penyepit dan tunggu seminit lagi. Waktu ini kita akan nampak kulit ayam melekat dengan daging.
4. Kemudian celup lagi, ulang tiga kali. Akhir sekali celup ayam dalam air sejuk.
5. Bila ayam dah sejuk masukkan semula dalam periuk selama 35 minit sampai ayam masak. InsyaAllah kulit ayam tak tanggal dan melekat cantik. Cara nak tau ayam dah masak, keting ayam akan pecah sedikit.
6. Selepas ayam masak nanti perasakan dengan kicap karemal (untuk effect warna cantik) gula perang (gula merah pun boleh) sos tiram, garam, serbuk cili Babas ( penyumbang kepada warna merah) 4 sudu madu, halia dan bawang putih tumbuk serta 2 sudu minyak masak.
7. Gliss rata ada ayam, kemudian baru bakar suhu 180′ c. Bila kulit ayam warna brown cantik boleh keluarkan. Ayam dah masak sebenarnya waktu rebus.
Kicap karamel (untuk warna kulit ayam yang cantik)
Kicap cair
Minyak bijan
Serbuk cili (untuk warna cantik)
Madu 4 sudu
Gula perang
Halia -tumbuk lumat
Bawang putih -tumbuk lumat
Stok ayam
Minyak 2 sudu dan marjerin 1 sudu (untuk kulit ayam garing)
Selamat mencuba
Sumber: Nor Seri Azlina Bustani