Hajat jamu tetamu dengan bihun sup, supaya mudah kerja ramai yang mencelur bihun awal. Ada juga terjadi selepas dicelur, bihun hancur dan tak tahan lama. Malah jadi berlendir.
Salah satu sebabnya adalah kerana bihun dicelur dengan kaedah yang tidak betul. Untuk celur bihun jangan terus rendam dengan air panas. Ada tekniknya, caranya dikongsi oleh Pak Man
yang juga merupakan pengusaha restoren melalui akaun TikTok beliau.1. Terlebih dahulu rendam bihun dengan air paip dulu selama 20 minit. Kemudian tos.
2. Kemudian sediakan besen dan masukkan kunyit jika buat bihun sup utara.
3. Selepas itu tuang air panas yang baru mendidih, dan masukkan bihun yang direndam tadi.
4. Kemudian kacau-kacau hingga bihun nampak kembang.
5. Buang air panas tadi dan tos hingga bihun betul-betul kering. Jangan ada air yang bertakung dalam bihun tadi.
Cara ini barulah bihun tahan lama, tak berlendir dan tak hancur.
@pakman3590 Membalas kepada @queen cara celur bihun#bihunsuputara #resepipakman #tip #foodtrick ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly