Teknik masak sambal ini adalah asas yang perlu dibuat supaya rasanya sedap. Teknik ini dikongsi oleh tukang masak lauk kenduri, yang mana cara inilah juga yang dipraktikkan sehingga sambalnya selalu mendapat permintaan ramai.
Cara ini turut aplikasikan semasa menyediakan hidangan sambal untuk makan sendiri termasuklah sambal ikan ini.
Teknik asas masak sambal
Bahan-bahan
12 biji bawang merah kecil -hiris atau kisar
6 ulas bawang putih -hiris atau kisar
3 senduk cili kisar
1/2 biji bawang holland -dihiris
1-2 sudu air asam jawa
Gula Melaka
Garam
6 ekor ikan cencaru – siap digoreng
Ads
Cara memasak sambal
1. Tumis bawang merah kecil dan bawang putih yang dihiris dengan minyak. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal manis secara semula jadi. Jadi tak perlu guna banyak gula.
2. Selepas bawang kekuningan dan naik bau masukkan cili kisar. Besarkan api.
3. Apabila cili nampak garing, masukkan sedikit air dan biarkan kering. Ulang proses menumis ini sebanyak 2-3 kali. Inilah yang membuatkan sambal sedap, kerana cili dan bawang betul-betul masak.
Ads
4. Kemudian boleh masukkan bawang holland yang dihiris. Bawang ini bukan saja manis tapi melemakkan lagi sambal.
5. Masukkan air asam jawa dan tambah gula Melaka asli jika mahu sambal rasa manis. Masukkan garam dan juga sebuk perasa jika suka.
6. Apabila sambal cukup rasa masukkan ikan goreng (6 ekor ikan untuk sukatan ini) dan gaul dengan sambal hingga rata. Renehkan seketika supaya sambal meresap dalam ikan. Selepas itu bolehlah ditutup api.
Ads
Hidangkan, rasa sambal ini memang akan buat orang teringat-ingat.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SEAFOOD:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dengan air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Berita baik untuk penggemar ikan patin, selain masak asam tempoyak banyak lagi menu lain yang boleh korang cuba. Ini ada tiga menu lain ikan patin yang wajib cuba sebab sedap dan memang boleh layan rasanya.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam galus
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai | hiris halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata dan tutup api.
Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
IKAN PATIN KUKUS
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan patin (lebih kurang 300gm)
2 biji limau nipis
1 biji bawang Holland
3sm halia-kisar
3 biji bawang putih-hiris
5 biji cili padi-titik
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang-hiris
1 tangkai daun ketumbar-hiris
Garam dan gula
CARA MASAK:
1.Bersihkan ikan dan masukkan dalam loyang.
2. Dalam bekas lain, bancuh sos tiram, air, garam, dan curahkan atas ikan.
3.Taburkan hirisan bawang dan halia
4. Kemudian perahkan limau.
Kukus selama 15 minit.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan Hiris:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Kalau ke kedai nasi campur, pasti pernah jumpa menu Ikan Kembung atau Mabong Masak Air Asam rebus ni kan? Menu yang sangat simple dan membuka selera. Nak cuba masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al HAbibi ni. Sedap….Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN MABONG AIR ASAM REBUS
BAHAN-BAHAN:
1-2 ekor ikan mabong atau kembung
1 sudu makan sambal belacan diet ( link resipi ada di bawah)
1 sudu makan air asam ketagih ( link resipi ada di bawah)
Extra: Sedikit air asam jawa yang dibancuh dengan sedikit belacan)
1 biji bawang merah – dadu halus
3-4 biji cili padi – hiris helus
1 biji tomato – dadu halus
BAHAN A:
Asam jawa ( saiz bola syiling 50 sen lama) – gaul dengan 1/3 cawan air.
1-2 hiris lengkuas
Secubit garam bukit
Sedikit nise / gula perang
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan rebus bersama bahan A hingga ikan masak. Padamkan api. Jika suka kuah yang agak pekat, buang sedikit air rebusan ikan.