Teknik Mudah Buat Popia Gulung Serunding, Ikut Cara Ni Cepat Siap

Share

Ada yang suka popia gulung serunding. Kalau raya biasanya tak cukup sebalang, mesti kena beli lebih. Sekali makan memang susah nak berhenti. Harga pun boleh tahan mahal. Jadi apa kata membuatnya sendiri. Lagi puas makan. Mudah saja caranya cuma semasa nak menggulung ni, perlu teliti. Jika nak mencuba boleh ikut resepi Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya.

 

Popia Gulung

 

Bahan-bahan:

1 peket popia 40pcs (jenama KG/ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)

250gm sambal ikan / serunding ikan

Air biasa – untuk melekatkan popia

Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

  1. Popia dipotong empat, kemudian potong segitiga.

  1. Susun dari atas ke bawah.

  1. Letakkan sambal ikan secukupnya. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.

Tip untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan ia melekat kuat.

Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.

4.Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan.

5.Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Hasifah Che Mat

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri