Makan

Teknik Pantas ‘Defrost’ Ayam Beku. 7 Minit Dah Lembut, Boleh Masak

Share

Nak masak, baru teringat ayam belum defrost. Selalu jadi begini, sudahnya kena tunggu berjam-jam untuk defrost.

Tapi sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses defrost ayam, daging atau ikan daripada freezer. Tak perlu siram air panas ataupun masuk dalam microwave.

 

Cara ini hanya memerlukan kita menunggu 5-7 minit saja, teknik pantas defrost ini dikongsi oleh Anne Permata. Sesuai sangat digunakan bila nak masak tapi baru teringat lauk tak keluarkan lagi dari freezer.

Caranya
  1. Ambil bekas berisi ayam beku tadi dan tuang ke dalamnya air suam.

2. Campurkan dengan garam dan cuka, gunakan nisbah yang sama. Jika satu sudu garam maka gunakan satu sudu cuka juga.

 

3. Kemudian kalau supaya dua bahan tadi larut. Selepas itu biarkan saja ayam beku tadi terendam selama 7 minit (untuk seafood 5 minit)

4. Kemudian boleh keluarkan air dan korang akan dapati ayam dah pun lembut. Dah boleh masak!

 

@annepermata Kalo udah gini dari semangat masaknya masih 100 sampe ga mood, ayamnya masih aja beku😭 #annekasihtaunih #tipsandtricks #tipsdapur #tipsmasak #fyp #foryoupage #annepermata ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun

 

Published by
Rose