Kerang rebus yang dicicah sos atau air asam memang digemari ramai. Selalu juga jika makan di restoren.
Cuma bila buat sendiri hasilnya kerang selalu liat, susah dikupas dan tak sesedap macam yang kita makan di luar.
Sebenarnya untuk dapat hasil kerang rebus yang lembut ada tekniknya. Dikongsi oleh Ibu Azzah, katanya kerang rebus tak perlu dimasak lama. Cukup seminit, untuk dapat hasil kerang yang bukan saja lembut dan tak liat, tapi juga juicy.
Ads
Cara-caranya
1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Terus masukkan kerang yang siap dibersihkan dan rebus selama seminit.
3. Cukup seminit terus tutup api dan tos kerang tadi.
Ads
4. Tunggu sejuk kemudian bolehlah dikupas dengan mudah. Hasilnya kerang akan lembut, juicy dan langsung tak liat.
Jantung pisang rebus antara hidangan ringkas tapi boleh menawan selera. Cicah dengan sambal belacan sambil makan dengan nasi berlauk ikan goreng saja pun dah sedap.
Cuma masalah membuat lauk ini adalah bila jantung pisang ini direbus dan ditos, ia selalu berbirat hitam hingga nampak kurang menyelerakan.
Supaya jantung pisang yang direbus hasilnya cantik tanpa kesan hitam ini cara berikut boleh dipraktikkan
Tip rebus jantung pisang supaya hasilnya cantik tanpa kesan birat hitam
Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Princess Zhaza Nasheema ini.
CARA TANAM TAUGE GUNA KOTAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 senduk penuh kacang hijau
1 bekas kotak air bersaiz besar
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Nota:
Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.
Setuju tak kalau dikatakan masakan Melayu kaya dengan bahan ramuan dan rempah ratus, Hal inilah yang menjadikan rasa dan aroma masakan tradisi ini agak unik dan setiap masakan yang dimasak mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri, tidak sama antara satu sama lain. Namun bukan mudah untuk membangkitkan aroma dan rasa istimewa ini, bagi mendapatkan manfaat, berikut empat cara mudah boleh korang praktikan.
Ketuk Atau Titik
Bahan ramuan keras seperti lengkuas, halia dan serai mesti di titik atau diketuk sebelum digunakan, cara ini membuat aroma dan rasanya lebih mudah keluar dan dirasai. Anda boleh menggunakan anak lesung batu atau belakang pisau untuk mengetuknya. Atau boleh juga kisar, sementara untuk daun kunyit boleh saja dicarik-carik dan disimpulkan.
Goreng Sangai
Aroma dan rasa rempah akan lebih terasa jika ia digoreng sangai lebih dahulu. Antara rempah ratus yang boleh disangai, ia termasuklah ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan juga bunga cengkih. Kemudian baru dikisar kasar atau halus. Goreng sangai adalah proses menggoreng tanpa minyak di atas api kecil dan sentiasa dikacau. . Rempah ratus yang digoreng sangai juga boleh tahan lebih lama.
Carik-Carik Dan Simpul
Daun kunyit, pandan dan limau purut adalah daun-daun yang digunakan dalam masakan kerana aromanya. Untuk memastikan aromanya keluar dan sebati dalam masakan, koyak atau carikkan dedaun tersebut sebelum masukkan dalam masakan dan menjadikan araoma dan rasa masakan tersebut lebih sedap. Untuk daun pandan dan daun kunyit boleh dicarik kemudian simpul.
Hiris Atau Ikat
Dedaun seperti daun bawang, ketumbar dan saleri perlu dihiris sebelum dimasukkan dalam masakan. Sedangkan tujuan menghiris itu adalah untuk mengeluarkan baud an rasa. Tetapi jik anda tidak mahu tergigit daun ini semasa makan, an da masih boleh mendapatkan aromanya dengan cara simpulkan sahaja daun ini selepas dicuci bersih.
Jangan lupa dipraktikan info ini supaya masakan anda semakin lebih sedap dan kaya dengan aromanya.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.