Lauk ikan boleh kata hari-hari kita masak. Cuma sewaktu makan kena hati-hati dengan tulangnya apatah lagi yang memakannya kanak-kanak.
Ia penting supaya tak tercekik tulang. Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah membuang terus tulang waktu membersihkan ikan.
Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.
Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.
Cara- caranya
- Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
- Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.
4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.
Sumber:Nana Mea Soffea
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Cara Bersihkan Minyak Masak Jelatah, Boleh Cuba Sebab Tak Perlu Keluar Duit .
Pernah menggoreng menggunakan minyak masak baru sekali dan kotor dan hitam, terutamanya bila goreng makanan yang mudah hangus dan banyak campuran bahan perapan. Nak buang macam sayangkan, sebab baru sekali guna. Macam mana nak buat ni. Usah risau RASA boleh bantu jernihkan semula minyak masak tersebut dan minyak selamat digunakan semula tanpa risiko. Tapi kenalah baca info di bawah ini:-
Cara paling mudah dan tak perlu keluar duit, kalau ada lebihan nasi, ambil segenggam nasi dan kepal-kepal hingga bulat. Masukkan dalam kuali berisi minyak jelantah yang panas dan golek-golekkannya hinga semua kotoran melekat pada nasi. Lakukan berulang kali dan ia memerlukan lebih dari satu kepal nasi.
Kentang
Kalau tidak ada nasi boleh juga guna kentang, caranya sama sahaja dengan nasi kepal. Korang hanya perlu kupas dan potong kentang kepada beberapa bahagian kemudian masukkan dalam minyak jelatan panas, golek-golek potongan kentang hingga minyak bersih semula.
Arang Kayu
Arang atau charcool juga boleh digunakan kerana sifatnya arang boleh menyerap kotoran dalam minyak. Caranya, kisar arang hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan dua genggam serbuk arang untuk 1 liter minyak jelantah panas, kemudian kacau hingga minyak menjadi lebih bersih dan boleh digunakan semula.
Kulit Pisang
Kulit pisang jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membersihkan minyak lelantah. Kerana kulit pisang masak mempunyai karbon yang boleh menyerap kotoran. Potong kulit pisang kemudan letakkan dalam penapis minyak dan penapis tersebut diletakkan di atas bekas tadahan minyak. Dengan cara ini kotoran akan melekat pada kulit pisang. Kalau ingin lebih mudah dan cepat. Kisar kulit pisang tesebut ambil ampasnya dan letakkan di dalam penapis minyak kemudian tapis minyak jelatah.
Mudah dan boleh menjimatkan minyak masakkan? Cubalah dulu ye…
12 Makanan Ini Harus Dijadikan Amalan, Hindari Risiko Kanser.
Apa yang kita makan menggambarkan diri kita, ungkapan ini ada benarnya. Mengamalkan corak pemakanan sihat dan seimbang penting tau untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Selain itu pilihlah makanan yang boleh membantu menghindari dan meningkatkan pertahanan badan daripada serangan penyakit.
Kandungan anti oksidan, vitamin, mineral dan serat di dalam makanan ini jika diamal selalu boleh membantu badan untuk melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Ni min kongsikan 12 makanan anti kanser ini.
1. BROKOLI
Foto : simplyrecipes.com
Brokoli elok dimakan kukus atau mentah. Ia mengandungi sulforraphane and isothiocyanates. Kedua komponen ini bertindak dengan enzim dalam tubuh untuk melawan kanser. Brokoli juga kaya dengan vitamin C dan K.
2. TOMATO
Foto : newsmobile.in
Tomato sedap dimakan bila dijadikan salad, masak sup dan sos dan pelbagai masakan. Isi buah tomato juga mengandungi vitamin C. Terdapat kajian yang menunjukkan lycopene sumber anti oksidan yang terdapat dalamnya juga bersifat anti kanser.
3. BAWANG PUTIH
Foto : medicalnewstoday.com
Bakar, tumis panggang, gunakanlah bawang putih bila memasak. Kandungan sulfurnya boleh mengurangkan risiko terbentuknya beberapa jenis kanser.. Bawang putih juga adalah sumber terbaik vitamin B6 dan mineral manganese.
4. JAGUNG
Foto : believeinbristol.org
Samada anda mengukus, memanggang atau merebus jagung, atau dijadikan bahan ramuan dalam sajian, kesemua ini baik dijadikan rutin makanan anda. Jagung mengandungi beta-cryptoxantin dan asid ferulic, keduanya ini dipercayai dapat menghalang pembiakan dan pertumbuhan sel kanser. Tapi ingat jangan letak garam dan mentega/marjerin berlebihan, nanti tak sihat la pulak.
5. UBI BIT @ BEET ROOT
Foto : healthline.com
Tengok warnanya sahaja dah boleh tahu ia adalah makanan anti kanser.Iya warna ungu tua yang menaikkan selera. Kukus, rebus, panggang, dibuat sup atau masukkan ke dalam salad, kedua isi ubi dan daunnya mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Pigmen warnanya betacyanin dipercayai dapat menghindari kanser.
6. LOBAK MERAH
Komponen anti kanser dipercayai dalam pigmennya , carotenoid dan termasuklah beta karotene memberikan warna oren pada lobak merah. Makan lobak ni mudah aje kan jadikan jus makan mentah atau ramuan masakan, memang sedap.
7. TEH HIJAU
Foto : archanakitchen.com
Teh hijau mengandungi polyphenols yang boleh mengelakkan dari pertumbuhan sel kanser. Daun teh kering iaitu camellia sinensis dipercayai dapat merangsang system pertahanan tubuh (imun) dengan menyingkir toksin dan meningkat tahap kesihatan. Bagaimanapun teh hijau mengandungi kafein, usah minum berlebihan pulak.
8. KUNYIT HIDUP
Foto :superlife.com
Warna oren pada kunyit adalah kandungan curcumin yang mempunyak efek anti kanser terhadap pelbagai jenis kanser. Ia juga bersifat anti keradangan dan komponen anti oksidan yang sangat membantu mengurangkan risiko kanser.
9. STRAWBERI
Foto : news.abs-cbn.com
Berita baik buat penggemar strawberi , ia mengandungi phytochemical yang terbukti bersifat anti kanser dan anti keradangan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin C dan manganese.
10. BAYAM
Foto : medicalnewstoday.com
Kartun Popeye jadi kuat bila makan bayam tu ada mungkin benarnya. Bayam adalah sayur yang penuh dengan pelbagai khasiat kesihatan. Komponen melawan kansernya terdapat pada lutein dan zeaxanthin. Anda akan dapat khasiat terbaik dengan menjadikan ia salad mentah, tepati kalau masak sup nakkan khasiat berganda jangan lupa masukkan bawang putih.
11. BIJIRIN PENUH @ WHOLE GRAIN
Foto : goodhousekeeping.com
Pilihlah bijirin penuh setiap kali membeli roti, tepung atau bijirin. Khasiat bijirin penuh iaitu lignans dan saponins menghalang sel daripada pertumbuhan berganda. Memakan sajian tinggi serat ini juga sangat membantu penghadaman dan mengelakkan risiko kanser
12. DAUN HERBA MASAKAN
Foto : jamieoliver.com
Terdapat beberapa daun herba yang mengandungi komponen yang membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. Gunakanlah herba yang melazatkan makanan anda seperti daun pudina, selasih, thyme dan rosemary. Eloklah ambil daun segar dari pokok herba yang ditanam sendiri dalam pasu, lebih asli dan lebih manfaatnya
Jenis-Jenis Tepung Beras & Kegunaannya Dalam Masakan.
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi perkongsian saudari Wan Jamiah, beliau berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai untuk masakan yang anda nak masak.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
- Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.
2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
- Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
- Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat laksa beras dan pelbagai jenis mi. Ini kerana tepung beras jenis ni mampu menghasilkan produk yang lebih kental.
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
- Sangat sesuai untuk menghasilkan laksa, rempeyek dan apam. Jika buat apam, rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.
Kredit petua & foto: Wan Jamiah
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Cara Buat Laksa Beras Secara Homemade. Mudah & Tanpa Pengawet.