Teknologi Prime Fresh Kekalkan Kesegaran Makanan Dan Tahan Lebih Lama

Share

Peti sejuk antara barangan keperluan yang sangat penting bagi setiap rumah terutama bagi menyimpan pelbagai barangan segar seperti ikan, daging, sayuran dan buah-buahan. Ia juga bagi memastikan makanan tahan lebih lama, berada dalam keadaan baik dan selamat sehingga tiba masa untuk digunakan atau dimakan. Selain itu peti sejuk juga dapat membantu mengekalkan rupa dan rasa makanan serta kandungan nutrien.

Menggunakan kaedah pencairan yang salah akan menghilangkan nutrisi pada daging, ikan, dan ayam sehingga turut menjejaskan rasa masakan.Peti sejuk Panasonic ini juga mempunyai teknologi pendingin unik bagi mengekalkan suhu optimum dalam setiap ruang peti sejuk bagi membolehkan setiap makanan berada dalam suhu ideal.

Teknologi Prime Fresh pula merupakan teknologi soft freezing atau pembekuan yang menjaga suhu kompartmen peti sejuk pada -3°C .

Melalui teknik pembekuan fresh ini ia membolehkan makanan disimpan lebih lama tanpa menghilangkan nutrisi, rasa dan teksturnya. Teknologi ini juga menjadikan daging, ikan, dan ayam lebih cepat dan mudah diolah pada ketika ingin dimasak. Jadi anda tidak perlu tunggu lama untuk proses pencairan ini.

Teknologi Prime Fresh ini juga membolehkan makanan berada dalam tahap kesegaran yang diperlukan hingga 7 hari. Semestinya ia dapat meringankan beban tugas memasak setiap hari terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.  Makanan yang telah dimasak  boleh disimpan tanpa perlu merasa gusar tentang kehilangan nutrisi dan rasanya .

Hidangkan makanan lazat dan berkhasiat yang dimasak di rumah untuk seluruh keluarga dengan pilihan peti sejuk Panasonic. Sungguh banyak kelebihan peti sejuk Panasonic dengan teknologi Prime Fresh ini.

Ruang penyimpanannya juga cukup luas bagi menempatkan pelbagai jenis makanan, minuman dan sebagainya. Ada lagi kelebihannya. Peti sejuk ini juga baik dalam menghapuskan bauan dengan menyahaktif 99.9% bakteria.

Sistem pengesan Econavi pada peti sejuk ini dapat memantau tahap pencahayaan dan suhu dalam peti bagi menganalisis dan memberi tindak balas untuk mengekalkan penyejukan ideal serta mengelakkan pembaziran tenaga.

Untuk itulah pemilihan peti sejuk yang tepat juga sangat penting  bukan sahaja cantik tetapi ia mampu menjaga kualiti makanan yang disimpan selain mempunyai sistem penjimatan tenaga elektrik. Jika ini yang anda inginkan, Panasonic adalah pilihan terbaik buat anda. 

Panasonic menawarkan teknologi terkini dalam penjimatan masa dan penjimatan bijak dalam penggunaan elektrik melalui sistem Econavi sehingga 10%.  Turut dilengkapi dengan teknologi Inverter yang mampu menjimatkan sehingga 40 % penggunaan elektrik.

Peti sejuk 4 pintu ini semestinya memudahkan adan untuk menyimpan dan mengambil barang makanan. Ia juga direka dengan rak kaca keras yang mampu menampung berat sehingga 100kg.

Jadi sudah semestinya Peti sejuk dengan rekaan moden ini dapat memberikan gaya hidup sempurna dan menghidupkan dekorasi ruang dapur anda.

Ketahui lebih lanjut tentang tip mudah menjaga kesegaran makanan dalam peti sejuk di https://www.panasonic.com/my/consumer/refrigerator-learn/quick-tips/7-days-freshness.html

 

 



Published by
Team Rasa