Tekstur Lembut & Rasanya Tak Manis, Resipi Mudah Puding Milo Chocolate

Share

Resipi agar-agar atau puding, antara yang mudah untuk dicuba dan dihidangkan sebagai menu minum petang. Namun terpulang pada kreativiti masing-masing untuk mempelbagaikan rasanya.

Resipi puding milo chocolate oleh Mr Ali ini, rasanya memang tidak terlalu manis dan teksturnya pun sangat lembut. Anak-anak mesti suka.

PUDING MILO CHOCOLATE

BAHAN LAPISAN OREO:

10gm agar-agar tali beli online di sini
4 cawan air
50gm gula – beli online di sini
120gm susu cair – beli online di sini
1 biji telur gred A
1 sudu kecil essen vanila


Oreo yang dipatahkan

BAHAN LAPISAN MILO:

8gm agar-agar tali -beli online di sini
60gm gula – beli online di sini
2 sudu makan susu pekat – beli online di sini
100gm milo – beli online di sini
100gm susu cair – beli online di sini
Secubit garam

CARA MEMBUAT LAPISAN OREO:

1. Masukkan 10gm agar-agar tali + 4 cawan air. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja.


2. Dah mendidih, masukkan 50gm gula. Kacau sebati.
3. Masukkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Dah mendidih, tutup api.


4. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.


5. Tunggu agak-agak suam dalam 5-6 minit, baru tuang ke dalam loyang.


6. Dah tuang, masukkan oreo yang dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.

7. Setkan suhu bilik atau letak luar dulu dalam 15 minit, baru masukkan dalam chiller/peti.

CARA MEMBAUT LAPISAN MILO:

1. Masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air. Biarkan mendidih.


2. Dah mendidih, masukkan 60gm gula.

3. Bila gula dah larut, masukkan 2 sudu makan susu pekat.
4. Masukkan 100gm milo.


5. Masukkan 100gm susu cair.

6. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1-2 minit. Dah mendidih, tutup api dan tambah secubit garam. Kacau-kacau dan biarkan suam selama 5-6 minit.
7. Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk-cucuk dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk banyak sikit tau.

8. Tuangkan perlahan-lahan lapisan milo tadi. Biarkan di luar selama 40 minit, baru sejukkan dalam peti selama 3-4 jam.

9. Dah siap dan boleh makan. Memang lembut tau. Sedap sangat, anak-anak mesti suka.

Kredit resipi: Muhammad Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff