
Minum petang hari ini kita buat special iaitu bukan roti biasa tapi Mexican Bun. Roti ni kalau hidang cepat jer kena ngap dengan anak-anak. Bau yang harum ketika membakar memang buat tak sabar nak makan. Ikut resipi ini gerenti menjadi. Gebu memang geram nak makan.

MEXICAN BUN
Bahan-bahan:
260gm tepung gandum
170gm (1 biji telur + susu segar)
1 sudu kecil yis (5gm)
30gm butter
40gm gula
Secubit garam
Toping
50gm gula
50gm butter
1 biji telur
1 sudu besar nescafe – larutkan dengan 2 sudu besar air panas
60gm tepung gandum
10gm tepung jagung
Cara toping
1.Pukul telur dan butter hingga sebati.
2.Masukkan telur dan air nescafe.
3.Kacau lagi dan masukkan tepung.
4.Masukkan dalam piping bag.
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan roti kecuali butter dalam bm/mixer.
2.Bila dah sebati masukkan butter.
3.Uli sampai elastik (yang ni penting supaya roti gebu )

4.Rehatkan doh dalam satu jam hingga doh kembang

5.Selepas direhatkan, timbang doh dalam 60gm dan masukkn inti (butter+gula)
6.Tutup balik doh dan roundingkan bulat.

7.Masukkan dalam paper cup dan susun dalam baking tray.
8.Rehatkan doh sehingga naik 3x ganda.
9.Bila doh dah kembang baru paipkan toping roti boy tadi.

10.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25 minit atau sehingga roti masak.

Kredit: Faizah Sori
Buat Sendiri Burger Omelette, Puas Hati Bila Anak Puji Sedap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesekali Masak Sayur Menu Kampung, Sedap Sungguh.

Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.

GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
- 300gm kepah
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
2. Renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
4. Diikuti dengan kepah.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

KARI REBUNG MADURAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
- 500gm rebung madu | cuci bersih
- 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
- 1000ml santan
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.

PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk paku | celur dan tos
- 200gm daging bakar | hiris nipis
- 250ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
- 8 ulas bawang merah
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
2. Masukkan bersamanya bahan hirisan.
3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Gaul rata, kemudian masukkan santan.
5. Gaul lagi sehingga cukup rasa.
6. Segera dihidangkan.

PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
- 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
- 1 paket kecil tempe | potong dadu
- 1000ml santan
- 1 sudu makan ikan bilis
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2cm halia muda | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.

SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat selur keladi bersama isi
- 100 gm isi udang
- 2 sudu makan tempoyak
- 6 pucuk daun kesum
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.

BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik muda | parut atau cincang isinya.
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 8-10 biji cili padi
- Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi.
3. Apabila betik layu, masukkan santan,
4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cucur Udang Lembut Gebu. Begini Resipi & Cara Buatnya

Suka makan Cucur Udang gebu yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudara Zaky Mat Ali. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang. Mudah sahaja resipinya. Menurut empunya resipi, cucur ini memang lembut dan gebu. Tidak letak udang pun tidak mengapa. Boleh digantikan dengan bilis sahaja. Makan panas-panas bersama sos ataupun kuah kacang memang nikmat. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG GEBU, SEDAP & MUDAH BUAT HANYA GUNA BAHAN RINGKAS

BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum – beli online disini
Udang secukupnya
Bawang merah secukupnya – beli online disini
Lobak merah secukupnya
Daun kucai secukupnya
Tauge secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
Yis – beli online disini
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam mangkuk bersama tepung gandum.
2. Tambah air dan adun semua bahan hingga sebati dan bercampur rata.
3. Biarkan adunan selama 30 minit.

4. Panaskan minyak masak. Rendam senduk supaya adunan cucur tidak melekat bila dimasukkan nanti.
5. Masukkan adunan ke dalam senduk, letakkan seekor udang diatasnya dan goreng hingga garing dan keperangan.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia dihidangkan bersama sos pilihan.

Kredit resipi & foto: Zaky Mat Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mee Kuah Daging Sedap. Sesuai Dijadikan Menu Rumah Terbuka
Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi. Sedap & Juicy, Memang Best!
Masak Makaroni Goreng Tak Pedas Untuk Anak. Resipi Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Soto Terbaik, Sedap & Boleh Makan Berulang Kali!

Sedapnya Soto. Makan pula dengan Sambal Kicap, fuh…Memang terangkat! Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, antara yang mudah dan sedap. Memang rugilah kalau tak cuba. Resipi soto ini memang boleh makan berulang kali tau kalau dah siap di dapur tu.
SOTO & SAMBAL KICAP LETOPS

BAHAN-BAHAN:
Minyak untuk menumis
3 sekawan
1 batang serai | diketuk – beli online di sini
½ biji bawang besar holland – beli online di sini
3 sudu rempah sup Baba’s
Air secukupnya
Beberapa ketul ayam (seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang & isi dada)
1 kiub ayam Knorr
Garam secukup rasa
Bebola daging (optional)
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah saiz bola pingpong – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
Sehiris halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, serai yang diketuk dan bawang besar kuning. Kacau rata.
2. Diikuti bahan kisar. Kacau lagi.
3. Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
5. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
6. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.

7. Nak masukkan bebola daging pun boleh. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!
8. Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja. (saya suka tapis kuah suah sup. Tak suka ada hirisan bawang semua).
9. Ayam yang dikeluarkan tadi, bolehlah digoreng seketika. Carikkan.
BAHAN SAMBAL KICAP LETOPS
2 genggam cili padi hijau dan merah
3 ulas bawang putih
½ genggam cili padi
Kicap lemak (saya guna jenama Jalen)
1 biji limau kasturi

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rahsia nak sambal sedap, goreng seketika bahan di atas. Tapi kena hati-hati. Meletup-letup cilinya. Jadi, masa goreng tu kena tutup kualinya.
2. Lepas goreng, cikgu tambah lagi 1/2 genggam cili padi. Masukkan kicap lemak Jalen + sedikit lemak Jalen pekat takat paras cili. Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji.
3. Kemudian cikgu tambah secubit gula dan sedikit perasa. Kisar hingga lumat.
4. Dah siap. Masa lepas kisar, memang sambal ni berbuih ye. Dah biar lama sikit, hilanglah buih kat sambal tu.
5. Biasa soto memang sinonim makan dengan nasi impit kan? Sesiapa yang suka, rebuslah paket nasi impit seperti biasa. Lepas nasi impit masak, sejukkan. Baru potong 4.
6. Saya suka sangat makan dengan bihun. Sedap sangat!
7. Kemudian, taburkan dengan bahan hiasan lain; isi ayam yang sudah dicarik, daun sup, tauge, kacang tanah goreng, bawang goreng, bebola daging dan asam limau kasturi.
8. Haa jangan lupa begedil sekali. Suhun goreng pun jangan lupa tau. Yang paling penting, lengkapkan dengan sambal kicap letopsss!
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rupanya Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Yang Betul
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

