
Tak cuba tak tau rasa, tapi bila dah cuba tak cukup sebiji ye menu Telur Air Asam ni. Sesuai sangatlah bila tekak dah bosan dengan menu rendang kari dan segala macam makanan berlemak. Kalau anda ingin merasai sediri keenakannya atau berubah rasa sesekali, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini:-
TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji telur ayam
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar | mayang halus
10 biji cili padi | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Rebus telur lebih kurang 5 minit ( separuh masak lagi sedap).
- Kupas kulit dan belah dua ( jika tidak mahu belah pun boleh tetapi cucuk-cucuk dengan garpu telur) ketepikan.
- Campurkan hirisan bawang, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
- Susu telur yang dibelah dua dalam mangkuk, tuangkan air asam.
- Biarkan lebih kurang 5 minit supaya air asam meresap dalam telur baru dihidangkan dengan nasi panas-panas.
Kredit : Mahfuzah Aidi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Madu Ala Mamak. Sangat Sedap, Disukai Ramai

Anda suka makan Ayam Madu macam di restoran Nasi Kandar? Jom cuba masak sendiri Ayam Madu ala Mamak perkongsian saudari Adnil Sam. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk membayangkan keenakannya. Jom cuba! Tak perlu lagi nikmati di restoran. Anda sendiri boleh masak hidangan enak ini di rumah.
CARA MEMASAK AYAM MADU ALA MAMAK

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG MAMAK:
- 1 ekor ayam – dipotong 8 & dicuci bersih
- 3 sudu besar tepung jagung – beli online disini
- 1 sudu besar tepung beras – beli online disini
- 1 sudu besar pes halia
- 1 sudu besar pes bawang putih
- 2 sudu besar serbuk cili – beli online disini
- 1 sudu besar kunyit serbuk – beli online disini
- 1 biji limau nipis
BAHAN-BAHAN KUAH MADU:
- 1 sudu besar marjerin – beli online disini
- 2 sudu besar minyak jagung – beli online disini
- 2 sudu besar rempah kari daging – beli online disini
- 1 sudu besar serbuk cili – beli online disini
- 2 sudu besar sos cili – beli online disini
- 2 sudu besar sos tomato – beli online disini
- 1 sudu kecil cuka makan – beli online disini
- 40gm buah kurma – dikisar halus – beli online disini
- 2 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
- 100ml madu – beli online disini
- 1 cawan air panas
- 1/2 biji buah oren (saiz kecil) – ambil jusnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN PENUMIS:
- 1 inci kulit kayu manis – beli online disini
- 3 kuntum bunga lawang – beli online disini
- 2 biji buah pelaga – beli online disini
- 1 helai daun pandan – disimpul

CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia. Gaul rata.

2.Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan perahan air limau nipis. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20 – 30 minit.

4. Gorengkan ayam hingga garing dan angkat. Ketepikan.

5. Untuk kuah madunya, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi bersama minyak jagung dan marjerin.
6. Tumiskan bahan-bahan penumis terlebih dahulu.
7. Masukkan pes buah kurma, gula, madu, serbuk cili,serbuk kari, sos cili, sos tomato, air panas, cuka dan perahan jus oren.

8. Perasakan dengan garam dan kalau suka, boleh renjiskan sedikit aji.
9. Biarkan hingga masak dan pekat. Rasa terlebih dahulu kesedapan kuahnya.

10. Tuangkan ke atas ayam yang sudah dikerat-kerat dan siap untuk dihidangkan.

11. Ayam Madu ala Mamak sedia untuk dihidang bersama nasi dan acar timun.

Kredit resipi & foto: Adnil Sam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak Sangka Asfan, Penyanyi OST Titian Cinta Ni Rajin Masak Sendiri. Dia Juga Sanggup Bawa Bekal Tau.

Walau drama Titian Cinta dah hampir sebulan tamat, tapi auranya masih kuat, apa lagi OST lagu drama ini, Sumpah Cinta dan Sungguh Mencinta terus diputarkan di radio hingga hari ini.
Siapa sangka penyanyinya Noasfan Shah atau lebih dikenali sebagai Asfan sebenarnya seorang yang cerewet soal pemakanan. Dek kerana cerewet itulah beliau sanggup memasak sendiri dan bawa bekal makanan bila berada di luar rumah.
Akui Asfan, beliau menjadi seorang pemilih soal makanan yang diambil sejak menyedari bahawa tabiat pengambilan makanan seseorang itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. Sebagai langkah pencegahan Asfan cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat. Awalnya agak sukar dan menyusahkan tetapi lama kelamaan beliau boleh membiasakan diri.

“Bila mendengar ramai orang meninggal dunia kerana masalah jantung dalam usia muda. Lebih menyedihkan bila saya dengar ada kanak-kanak dan remaja menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes, menjadikan saya gerun. Oleh itu tidak mustahil saya dan ahli keluarga mendapat penyakit ini jika tidak mengamalkan pencegahan dari awal.
“Melalui pelbagai info yang saya perolehi sama ada melalui pembacaan, cerita orang mahupun pengalaman kawan-kawan sebahagian dari punca masalah kesihatan ini datang dari makanan yang diambil tanpa kawalan dan makan ikut nafsu,” ujar Asfan.
Reaksi terhadap permasalahan tersebut, Asfan mengambil keputusan untuk mengubah cara pengambilan makanan. Beliau mula selektif dalam memilih makanan bila makan di luar.
“Saya menjadi sangat cerewet, tidak kira untuk sarapan, makan tengahari mahupun malam saya akan fikirkan apa yang boleh makan dan tidak boleh. Sampai satu tahap saya akan kira kalori dalam makanan yang akan saya makan. Makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam memang saya jauhi,” ujar Asfan.
Ain Sakinah Razali yang ada bersama mengakui sifat cerewet Asfan, menjadikan beliau sebagai isteri rasa terbeban. Tetapi demi kesihatan mereka sekeluarga, Ain menyesuaikan diri dengan cara pengambilan makanan suaminya.
“Asfan jarang mengambil daging merah, menjauhi makanan berlemak dan berminyak. Kalau kami berdua keluar membeli barang dapur, dia sangat belek segala tulisan ada pada kotak, botol atau tin makanan yang ingin dibeli. Segala kandungan kalori, apa bahan yang ada semua diperhatikan,” tingkah Ain sambil melayani anak bongsunya, Ali Wakeel Shah, sembilan bulan. Sementara, Ali Haytham Shah, 2 tahun yang masih lena tidur.
TIDAK KEKOK DI DAPUR
Sejak mendirikan rumah tangga Ogos tahun 2012, Asfan sebenar tidak kekok di dapur untuk menyediakan sendiri hidangan keluarga kecilnya. Antara menu yang sering disediakan adalah pasta dan salad, malah anak-anaknya sangat suka sarapan dengan ‘Macaroni Cheese’ yang disediakan olehnya.

“Kalau ada kesempatan saya suka masuk dapur memasak masakan kegemaran kami sekeluarga. Tapi bila sudah masak saya tidak suka kemas dapur, yang jadi mangsa isteri. Dia yang terpaksa kemas dapur dan cuci semua pinggang mangkuk dan periuk kotor yang telah saya gunakan untuk memasak.
“Walaupun sangat cerewet dan banyak pantang larang. Sekali sekala kalau teringin kami ambil juga daging tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya atau isteri akan sediakan dalam menu kami tetapi dalam penyediaan lebih sihat. Contohnya kami akan masak tanpa menggunakan bahan berlemak seperti santan. Jika mahu masak lemak kami tukar santan dengan susu rendah lemak atau tukar minyak masak dengan minyak zaitun jika ingin menumis,” cerita Asfan yang sudah lebih 10 tahun terbabit dalam industri muzik.
MASA UNTUK ISTERI DAN ANAK-ANAK
Biarpun sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan beberapa album artis baru sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, Asfan tetap mencuri sedikit masa sibuknya untuk bersama isteri serta anak-anaknya.

“Sekarang jadual saya agak padat, tetapi bukan alasan untuk mengabaikan keluarga. Anak-anak kami masih kecil dan perlukan perhatian sepenuhnya dari kami suami isteri. Walau pun Ain sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhya kepada anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan.
“Setiap minggu saya akan pastikan sehari atau dua kami dapat bersama dengan anak-anak. Selalunya saya akan bawa mereka keluar, pergi ke mana-mana yang boleh mengembirakan anak-anak dan membiarkan mereka bebas bermain dan menerokai persekitaran di luar dari likungan rumah kami, “ tegas Asfan mengakui isteri dan anak-anak adalah pendorongnya untuk terus bekerja kuat dalam industri.
SEMAKIN KUKUH DALAM INDUSTRI
Asfan yang mula dikenali menerusi lagu Terhenti Di Sini, di mana lagu ini menjadi lrunut bunyi drama Nora Elena pada tahun 2011 telah membawa Asfan muncul dengan single keduanya, Maafkan Aku, diikuti dengan lagu Alasan Untuk Bahagia mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi.
Biarpun lagu-lagunya menjadi siulan tapi di kalangan peminat seni, mereka kurang mengenali Asfan. Namun ia bukan alasan untuk beliau patah semangat. Sebaliknya, dari awal pembabitan Asfan dalam industri adalah untuk mengembangkan bakat dan kerjaya bukan mencari glamor.
“Saya lebih selesa dikenali masyarakat kerana bakat bukan kerana kontraversi. Bagi saya glamor boleh dicari tapi bakat adalah aset untuk saya pergi jauh dan bertahan dalam industri.
“Tahun ini, impian saya adalah untuk memantapkan karier seni termasuk membantu membuka peluang kepada bakat baru yang di bawah satu bumbung syarikat muzik untuk mengembangkan bakat nyanyian mereka,” ujar Asfan yang terbabit secara langsung dalam menjayakan rakaman artis lain untuk lagu ciptaannya.
Antara artis yang terbabit termasuklah Arja Lee, Haiza dan kumpulan Qanda. Disamping itu, Asfan juga bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi. Untuk album sulungnya ini, Asfan turut memuatkan beberapa lagu single popular yang pernah menaikan namanya sebelum ini.
Jom Kita tengok resipi ringkas dan berkhasiat daripada Asfan.

HAWAIIAN SALAD
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato | cincang kasar
- 1/2 biji cili benggala hijau | hiris
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris
- 3-4 pokok watercress salad
- 2 ulas bawang putih | parut
- 1 biji bawang besar | cincang kasar
- 4 biji buah zaitun | belah empat
- Sedikit rebusan isi ayam
- 1 sudu besar besar minyak zaitun
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Cuci semua bahan salad dengan air bersih,kemudian toskan.
- Campurkan minyak zaitun,jus lemon, garam, parutan bawang putih dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
- Kemudian tuangkan dalam mangkuk salad. Gaul rata.
- Hidangkan bersama mayones atau thousand Island dressing.

SPAGHETI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN:
- 180gm spageti |rebus dan tos
- 100gm udang |buang kulit
- 100gm hirisan daging
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 40gm mentega
- 5 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 sudu teh kepingan cili kering
- 1 sudu teh herba Itali
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, masukan bawang putih, kacau hingga wangi.
- Masukkan pula hirisan daging diikuti dengan udang.
- Kemudian masukkan serbuk cili kering, spageti, herba itali, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Gaul rata, angkat dan hidangkan panas-panas.
Kalau suka pasta boleh cuba yang ini. : http://www.rasa.my/category/resipi-pilihan/mi-pasta/
Spring Roll Makaroni Berkeju, Hidangan Minum Petang Yang Menyelerakan

Memang sedap tau spring roll ni. Rasa moden dengan cita rasa Itali tapi diletakkan dalam kulit popia. Dimakan pula dengan keju, memang cukup menyelerakan. RASA kongsikan resipinya. Bolehlah korang try,
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU

BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Selamat mencuba!

