Kalau makan di kedai telur bungkus antara menu yang diminati. Sebenarnya resipi ringkas dan mudah ini boleh saja disediakan untuk sekeluarga makan di rumah. Makan pula dengan dengan nasi panas, pasti bertambah nanti. Inilah bahan-bahannya sangat simple yang korang perlu sediakan.
Cucur telur ni mudah sangat dibuat. Yang penting doh luarnya rangup dan sedap. Intinya pulak sangat murah kosnya.
Cukup dengan telur, bawang, cili merah kucai dan daun bawang, ringkas aje ramuannya. Tak payah daging atau ayam. telur aje sudah memadai. Boleh berjimat bahan dapur, jadi taklah kerap keluar rumah beli keperluan. Ingat, duduk rumah elok-elok.
CUCUR TELUR
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh : 200gm tepung gndum 25gm mentega 1 biji Secubit garam 1/4cawan air
Bahan inti : 2 biji telur 2 biji bawang dhiris* 2 biji cili merah dihiris* Daun kucai secukupnya Daun bawang dipotong Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Gaul tepung,mentega,telur,garam sebati.Masukkn air sedikit-sedikit uli hingga x mlekat di tangan. 2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian, sapukan mentega dan rehatkan doh.. 3. Panaskan kuali goreng bbahan bahan bertanda* hingga layu masukkn garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk. 4. Leperkn doh letak inti n lipat sapu sekali lagi mntega…masa nak mngoreng tarik danleperkn sdkt doh..dah boleh goreng. . Selamat mencuba 😊 . Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Anda yang sukakan petai, masak apa pun tetap berselera makan. Buat sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!