Telur Bungkus ‘Simple’. Menu Lunch Paling Cepat Tapi Sedap Gila!

Share

Hidangan lengkap yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika anda tidak sukakan sayuran campur, anda boleh memilih sayur lain untuk dijadikan inti telur bungkus.

TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul bahagian dada ayam | dicincang
  • 4 susu besar sayuran campur
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam.
  2. Apabila isi ayam hampir masak, masukkan pula sos cili, sos tiram, sos tomato dan garam. Kemudian masukkan sedikit air.
  3. Masukkan sayuran campur dan biarkan inti masak sepenuhnya.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tuang telur yang sudah dipukul. Tebarkan sebesar mungkin di dalam kuali.
  5. Masukkan inti dan lipat telur untuk membungkus. Siap!

*Pastikan anda menggunakan api kecil ketika menebar telur kerana dikhuatiri ia akan hangus.

 

sumber rujukan: www.reddit.com

Published by
Nur