Telur dadar sedap dimakan dengan apa sahaja. Boleh dimakan dengan nasi, bubur ataupun roti. Jom kita cuba buat telur dadar yang comel. Budak-budak pun boleh makan. Mesti mereka suka sebab comel. Tapi kalau nak buat untuk budak-budak, jangan letak cili padi tau.
TELUR DADAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1/2 biji capsicum merah (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
5 biji cili padi (hiris halus)
1 tangkai daun sup (hiris)
3 keping keju (dikoyak-koyak)
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam satu demi satu. Kacau sebentar.
2. Masukkan capsicum, bawang, cili padi, daun sup dan keju.
3. Panaskan kuali rata. Sapukan marjerin pada kelongsong telur benjo.
4. Letakkan marjerin dalam kelongsong. Masukkan sedikit adunan telur.
5. Biarkan sehingga masak dan angkat.
6. Ulangi sehingga adunan habis.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Tak tahu nak masak menu apa untuk keluarga? Boleh cuba resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi perkongsian saudari Nurul Ateekah yang sangat mudah ini. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Memang puas hati. Sesuai dinikmati bersama nasi putih hangat. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK TELUR DAN TAUHU MASAK KICAP CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur – direbus & dibuang kulit
1 ketul tauhu – dipotong 6
1 biji tomato – dipotong
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan – beli online disini
7 biji cili padi merah
7 biji cili padi hijau
1 sudu kecil perencah sup – beli online disini
2 sudu besar Sos Tiram – beli online disini
5-6 sudu besar kicap manis – beli online disini
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
BAHAN KISAR:
7 batang cili hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur. Masak selama 1-2 minit atau hingga permukaan telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan juga.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kering.
5. Masukkan cili padi hijau, cili padi merah dan tomato.
6. Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Gaul rata.
7. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan padamkan api.
8. Angkat dan siap dihidang.
INFO: Tujuan telur perlu digoreng terlebih dahulu adalah untuk membuatkan sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sekali Buat Dapat 30 Biji. Resipi Golden Fries Ball Ni Memang Sedap & Mudah
Buat Sendiri Fishball Homemade Sedap Hanya Guna 5 Bahan Mudah
Resipi Mee Kuah Daging Sedap. Sesuai Dijadikan Menu Rumah Terbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lauk Simple Terlajak Sedap, Resipi Telur Mata Sambal Hijau
Tak ada idea nak masak apa? Resipi Telur Mata Sambal Hijau perkongsian saudari Cheyah Saripuddin ni antara yang patut dicuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya. Rasa pula tentulah sedap. Orang bujang patut cub ani. Tak perlu lauk lain dah. Ada satu menu ni sahaja dah cukup buka selera makan. Boleh bertambah-tambah nasi di pinggan. Pasti puas hati.
CARA MASAK TELUR MATA SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
2 biji telur
Secubit garam – beli online disini
Gula sedikit saja jika suka – beli online disini
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.
2. Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.
3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.
4. Jika nak berkuah, boleh tambah sedikit air tapi empunya resipi tidak tambah.
5. Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cheyah Saripuddin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
6 Versi Masak Telur Paling Senang, Sedap & Murah.
Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak mesti sibuk nak masak itu ini. Tak kurang juga yang tidak tahu nak masak apa lagi. Jangan risau kalau kering idea, ini RASA kongsikan enam menu telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je ye..
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur |rebus
- 6 biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih| kisar
- 1 inci halia |kisar
- 1 inci kunyit hidup |kisar
- 2 batang serai| hiris
- 1 helai daun kunyit | hiris
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan kerisik
- 1 mangkuk santan
- Sedikit minyak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
- Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
- Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
- Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 sudu teh halba
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- ½ inci halia|kisar
- ½ inci kunyit hidup|kisar
- Sedikit air asam jawa
- 2 tangkai daun kesum
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
- Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
- Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
- Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
- Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
- Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | direbus
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 mangkuk santan
- 3 sudu teh rempah kurma
- 1/2 inci halia
- 1 helai daun pandan
- 1 batang cili hijau
- 1 batang cili merah
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
- Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
- Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
- Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
- Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
- Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
- 5 biji cili padi| dihiris
- 5 biji bawang merah| dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 tin susu cair
- 3 tangkai daun kari
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
- Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
- Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | rebus dan goreng
- 8 biji cili merah | dikisar
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1 batang serai | titik
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan bahan kisar.
- Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
- Akhir sekali masukkan telur.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 5 biji bawang merah| dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 10 tangkai cendawan tiram |potong
- Sedikit bunga kubis|potong
- Sedikit daun sup|racik kasar
- Sedikit suhun
- 1 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
- Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.